Permohonan Guru SPP 2024 Online (One Off DG41)

Permohonan Guru SPP 2024 Online (One Off DG41)|BILAKAH tarikh permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Guru SPP) tahun 2024. Berikut dikongsikan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Guru SPP 2023 Online (One Off DG41)

Sedia maklum, pengambilan khas perjawatan guru secara sekali pengambilan atau ‘one-off’ oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengatasi masalah kekurangan guru membabitkan 19,000 kekosongan seluruh negara bermula 7 April 2023 (Hari Jumaat). Pengambilan terbuka meliputi bagi jawatan guru tetap atau guru sementara khususnya bagi menangani isu kekurangan guru dalam empat mata pelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam. Pengambilan kali ini turut dibuka kepada graduan universiti awam tanpa iktisas pendidikan, sekali gus disifatkan sebagai peluang keemasan kepada mereka yang berminat menjadi guru.


Permohonan Guru SPP 2024 Online (One Off DG41)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Guru One-off SPP):


Tarikh Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP 2024

- Pengambilan itu dibuka bermula 7 April 2023 tetapi tiada tarikh tutup permohonan ditetapkan.


Iklan Pengambilan Khas SPP 2024: Hebahan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2024

- Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

- Permohonan jawatan ini terbuka kepada semua:

a. GRADUAN PENDIDIKAN bagi lantikan tetap dan syarat permohonan adalah di SINI; dan

b. GRADUAN BUKAN PENDIDIKAN bagi lantikan secara Contract of Service (CoS) dan syarat permohonan adalah di SINI.

- Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat).

- Graduan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 6 April 2023 TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.

- Graduan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan iaitu bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023.

- Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

- Hanya Graduan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.


Cara Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MySPP melalui pautan di https://myspp.spp.gov.my.

2. Kemudian, lengkapkan profil dan butiran-butiran yang diperlukan.

Permohonan Guru SPP 2023 Online (One Off DG41)


Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Guru Interim KPM


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan MySPP, sila salurkan aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP dibawah:

◾Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020

◾Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022

ATAU:-

Laman Web: https://www.spp.gov.my/

Facebook: https://www.facebook.com/SPPHQ

Twitter: https://twitter.com/sppmy

Semoga perkongsian Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.