Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu tahun 2023 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu tahun 2023 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023 boleh dibuat secara online mulai 9 hingga 22 April 2023 menerusi Laman Web Yayasan Terengganu.

Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu 2020 Online (Borang)

Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023

◼️ Tarikh Dibuka: 9 April 2023
◼️ Tarikh Ditutup: 22 April 2023

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023 Online

1. Layari laman web https://ytklik.terengganu.gov.my/ atau http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login.

2. Kemudian, klik bahagian ‘Daftar Akaun.’

3. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik butang ‘Daftar.’

4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan serta klik butang ‘Log Masuk.’

5. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Terengganu adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.

2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.

3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.

4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah iaitu B40.

Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023

Untuk membuat semakan keputusan Biaisiswa Yayasan Terengganu 2023 secara online, sila rujuk pautan seperti berikut:

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Terengganu, sila hubungi di talian 09 - 6221733 atau emelkan Ke alamat info@yt.gov.my

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yayasan Terengganu!

1 comment:

Powered by Blogger.