Cara Login eSPBT KPM 2024 Online (Sistem Pesanan Buku Teks SPBT)

Cara Login eSPBT KPM 2024 Online (Sistem Pesanan Buku Teks SPBT)|APA itu eSPBT? Bagaimana login Sistem eSPBT KPM secara online? Panduan buat anda yang ingin ketahui cara buat pesanan Buku Teks SPBT dan login eSPBT tahun 2024 secara online. Untuk makluman anda, bagi memudahkan pengurusan skim pinjaman buku teks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah membangunkan dan menyediakan sistem pesanan buku teks online yang dikenali sebagai "eSPBT". Berikut dikongsikan Cara Login eSPBT KPM 2024 Online buat rujukan anda.

Cara Login eSPBT KPM 2023 Online (Sistem Pesanan Buku Teks SPBT)

Sedia maklum, sistem eSPBT ini telah dibangunkan dan ditambahbaik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa iaitu secara online dan capaian internet melalui laman sesawang https://espbt.moe.gov.my. Versi sistem pesanan terdahulu adalah BTBT Online yang telah dibangunkan menggunakan ORACLE 6i. Pengguna bagi sistem ini terdiri daripada Sekolah, PPD, JPN dan Bahagian Buku Teks (BBT) selaku pentadbir dan urus setia sistem.


Cara Login eSPBT KPM 2024 Online (Sistem Pesanan Buku Teks SPBT)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Login eSPBT KPM Online termasuk cara dan prosedur pesanan Buku Teks SPBT:


Cara Pesanan Buku Teks Sekolah Melalui eSPBT

Berikut dikongsikan cara membuat pesanan buku teks sekolah melalui sistem eSPBT:

1. Anda perlu layari ke Portal Rasmi Sistem Pesanan Buku Teks secara atas talian menerusi pautan di https://espbt.moe.gov.my/

Cara Login eSPBT KPM 2023 Online (Sistem Pesanan Buku Teks SPBT)

2. Anda digalakkan menggunakan sistem browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mengakses laman web ini.

3. Masukkan kod sekolah anda serta kata laluan (password) untuk login ke sistem ini.

4. Pastikan sebelum anda melakukan pesanan buku teks secara online, muat turun borang unjuran enrolmen murid sekolah dan lengkapkan borang tersebut.

5. Setelah login, sila klik butang ‘PROFIL’ untuk melakukan kemaskini segala maklumat dengan info yang terkini.

6. Klik butang ‘PRA PESANAN’ di mana anda perlu download ‘Borang Maklumat Stok Buku’.

7. Kemudian, ENROLMEN MURID perlu dilakukan bagi mengesahkan murid yang mendapat buku teks.

8. Guru besar atau Pengetua Sekolah perlu login dengan ID pengguna dan password untuk mengesahkan segala butiran yang telah diisikan.


Prosedur Pesanan Buku Teks SPBT

Antara prosedur pesanan buku SPBT adalah seperti berikut:

1. Taklimat Pesanan Buku Teks SPBT

2. Jana Dan Penyediaan Data Pra Pesanan

3. Pengisian dan Pengesahan Data Enrolmen Murid dan Data Unjuran Enrolmen Murid

4. Semakan Data Enrolmen Dan Data Unjuran Enrolmen Murid

5. Pengesahan Data Enrolmen Dan Unjuran Enrolmen Murid

6. Kemasukan Data Pesanan

7. Pengesahan Data Pesanan

8. Semakan Status Pesanan Sekolah

9. Semakan dan Pembetulan Data / Agihan Dalaman

10. Pembentangan Data dan Kos Pesanan untuk kelulusan Pengarah JPN

11. Serahan data pesanan kepada BSTP mengikut format yang ditetapkan

12. Kelulusan untuk penurunan waran dan penentuan kelompok pesanan

13. Semak Jumlah Naskhah, Perbelanjaan dan Penyata BTBT481, 451 dan bandingkan dengan Penyata BTBT320

14. Penyediaan Kontrak Pesanan (Contract Order)

15. Jana dan Simpan Penyata Pesanan BTBT320, 481, 451

16. Serah Kontrak Pesanan (Contract Order) berserta Penyata BTBT481, 451 kepada Penerbit

17. Pembekalan Buku Teks

18. Pemantauan Pembekalan dan Tuntutan Pembayaran


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan eSPBT, sila hubungi di:

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara,

50604 Wilayah Persekutuan KL.

No. Faks: 03-20817788

No. Telefon: 03-20818111 / 03-20818085 / 03-20818194 / 03-20818121

ATAU:-

Unik Aplikasi Sekolah (UAS)

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Aras 3 &4, Blok E11,

Kompleks E,

62604 Putrajaya.

Emel: sys_espbt@moe.gov.my

Semoga perkongsian Cara Login eSPBT KPM Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.