Permohonan Biasiswa Cagamas 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Cagamas 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Cagamas tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Cagamas 2023 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Cagamas 2023 boleh dibuat secara online sehingga 31 Julai 2021 menerusi Laman Web Rasmi Cagamas. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Cagamas 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Cagamas 2020 Online (Borang)

Permohonan Biasiswa Cagamas 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa Cagamas beserta syarat kelayakan permohonan, bidang ditaja dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Cagamas 2023 Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web Cagamas secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://scholarship.cagamas.com.my/

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan betul dan lengkap.

3. Sila hantar borang permohonan anda yang lengkap secara pos dengan gambar berukuran pasport, fotokopi transkrip akademik dan sijil akademik anda yang telah disahkan. Semua dokumen yang berkaitan ke alamat berikut:

Human Capital & Administration Department
(Scholarship Programme)
Cagamas Berhad
Level 32, The Gardens North Tower
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Syarat Kelayakan Biasiswa Cagamas 2023

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa Cagamas adalah seperti berikut:

1. Calon mestilah warganegara Malaysia berumur bawah 25 tahun;

2. Mestilah mempunyai keputusan akademik yang baik dalam SPM / STPM atau setaraf (dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);

3. Anda mestilah seorang pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang kajian yang disenaraikan di sini, yang telah diluluskan dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), di sebuah kolej atau universiti di Malaysia seperti yang diluluskan oleh Cagamas;

4. Tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil kursus tanpa bantuan kewangan atau anugerah;

5. Tidak menerima biasiswa atau tajaan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain;

Senarai Bidang Yang Ditaja

◼️ Perbankan/ Perbankan Islam
◼️ Perakaunan
◼️ Pentadbiran perniagaan
◼️ Kewangan
◼️ Ekonomi
◼️ Statistik
◼️ Undang-undang
◼️ Sains Aktuari
◼️ Sumber Manusia

Semakan Keputusan Biasiswa Cagamas 2023 Online

*Akan dikemaskini

Selamat membuat permohonan Biasiswa Cagamas tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Cagamas!

No comments

Powered by Blogger.