Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Perajurit Muda Tentera Darat tahun 2023 bakal dibuka? Dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 197 & Wanita Siri 48 Tahun 2023 telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2022 menerusi Portal Rasmi Jom Masuk Tentera. Berikut dikongsikan Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online (Semakan Keputusan)


Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat termasuk syarat kelayakan, skim gaji dan semakan keputusan:


Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online

1. Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di https://mims.mod.gov.my atau Jom Masuk Tentera di https://jmt.mod.gov.my/

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan tepat:

- NAMA PENUH

- NO KAD PENGENALAN

- JANTINA

- NO TELEFON 

- EMAIL (Aktif)

- KATA LALUAN 

3. Kemudian, tekan pada butang "DAFTAR".

4. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).

5. Pastikan isikan maklumat peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan HURUF BESAR.

6. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan pada butang "HANTAR".

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online (Semakan Keputusan)


Syarat Asas Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2023

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 adalah seperti berikut:

A. SYARAT ASAS

1. Warganegara Malaysia

2. Ketinggian minimum lelaki 162cm, wanita 157cm

3. Syarat minima, lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM

4. Bagi SVM, PNGK Akademik melebihi 2.0

5. BMI 18.0-26.0


B. HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR

1. Pemeriksaan Kesihatan

2. Ujian Kecergasan:

- Larian 2.4 KM – 14 minit

- Tekan Tubi – 40 kali

- Bangkit Tubi – 45 kali

3. Ujian Bertulis:

- Ujian Kecerdasan (IQ)

- Ujian Psikologi

- Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)


Skim Gaji Kelayakan Akademik Tentera Darat

SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]

SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]

DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]


Semakan Keputusan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pengambilan Tentera Darat, sila hubungi di talian 03 - 4014 0470

Facebook Tentera Darat Malaysia: https://www.facebook.com/TenteraDaratMY

Portal Jom Masuk Tentera: https://jmt.mod.gov.my/

Semoga perkongsian Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya menjadi sebagai Perajurit Muda Tentera Darat!

No comments

Powered by Blogger.