Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang MAINPP 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang MAINPP 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang MAINPP 2023 bakal dibuka? Perhatian buat para ibu bapa di Pulau Pinang yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Untuk makluman anda, permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang (ZPP), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2023 dibuka secara online mulai 1 November 2022 sehingga tarikh tutup 30 November 2022. Berikut dikongsikan Permohonan Skim Awal Persekolahan ZPP MAINPP 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang MAINPP 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Skim Awal Persekolahan ZPP, MAINPP ini merupakan skim yang diwujudkan untuk membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah sama ada sekolah rendah atau menengah.


Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang MAINPP 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang MAINPP termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Syarat Kelayakan Skim Awal Persekolahan ZPP MAINPP 2023

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk skim awal persekolahan ini adalah seperti berikut:

- Warganegara Malaysia atau permastautin tetap.

- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.

- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 anak yang bersekolah.

- Anak-anak mestilah bersekolah pada tahun 2023:

⬛ Sekolah Rendah: Murid tahun 1 sehingga tahun 6 sahaja.

⬛ Sekolah Menengah: Pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 6 (atas)

- Bilangan anak dan pendapatan kasar isi rumah mestilah seperti berikut:

– 2 orang anak: RM1,800.00 dan ke bawah

– 3 orang anak: RM2,500.00 dan ke bawah

– 4 orang anak: RM2,750.00 dan ke bawah

– 5 orang anak dan ke atas: RM3,000.00 dan ke bawah


Cara Permohonan Bantuan Zakat Pulau Pinang 2023 Online

1. Pemohon perlu mendapatkan borang permohonan di kaunter ZPP yang berhampiran.

2. Kemudian, pemohon juga perlu membawa bersama dokumen yang diperlukan ke kaunter ZPP tersebut.

3. Lokasi kaunter cawangan boleh disemak menerusi pautan di https://v2.zakatpenang.com/kaunter-perkhidmatan-zakat/.


Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan ini adalah seperti berikut:

- Salinan kad pengenalan pemohon.

- Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon dan isteri (jika bekerja).

- Salinan sijil cerai/sijil kematian/surat akuan (jika pemohon ibu tunggal).

- Surat pengesahan pelajar daripada pihak sekolah.

- Salinan penyata akaun/pengesahan akaun bank.

- Surat pengesahan daripada JKM/PERKESO/Pencen (jika berkenaan).


Semakan Keputusan Bantuan Zakat Pulau Pinang MAINPP 2023

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Skim Awal Persekolahan ZPP, MAINPP, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, ZPP, MAINPP di talian 04-549 8125/165/167/168.

Semoga perkongsian Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang MAINPP tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua! 

No comments

Powered by Blogger.