Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK 2022/2023 bakal dibuka? Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah kini menawarkan Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK untuk pelajar Tahun 1 yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Awam (UA). Untuk makluman anda, pelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA 2022/2023 sebelum tarikh tutup iaitu pada 15 Disember 2022. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA 2022/2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Biasiswa ini merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakan mengikut syarat dan jumlah kuota yang ditetapkan. Tawaran ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA Tempatan dan bukan pelajar yang melakukan twinning programme iaitu program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian.


Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK 2022/2023

1. Layari Portal Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK secara online di pautan http://biasiswa.zakatkedah.com.my/

2. Kemudian, daftar akaun dengan memasukkan maklumat yang diperlukan.

3. Log masuk akaun baharu dan isikan maklumat dengan lengkap.

4. Pilih biasiswa yang dipohon dan klik pada butang “Pohon”. Klik pada butang “Hantar”.


Syarat Kelayakan Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK 2022/2023

A. Syarat Umum

1. Pemohon mestilah beragama Islam

2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya dua (2) tahun

3. Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin.

4. Semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

B. Syarat Khusus

1. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/2023

2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.

3. Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurang-kuragnya Jayyid Jiddan bagi STAM.


Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga perlu muatnaik dokumen seperti yang disenaraikan berikut:

1. Salinan kad pengenalan pemohon

2. Gambar pemohon berukuran passport

3. Lampiran kad pengenalan ibu/bapa/penjaga 1

4. Lampiran penyata gaji/pencen/pengesahan pendapatan.

5. Lampiran kad pengenalan ibu/penjaga 2

6. Lampiran penyata gaji / pencen/ pengesahan pendapatan

7. Lampiran kad pengenalan/ sijil kelahiran tanggungan ibu bapa/penjaga (termasuk pemohon)

8. Lampiran kelulusan pengajian (PT3/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah)

9. Lampiran surat tawaran / pengesahan pengajian daripada IPT.


Semakan Keputusan Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA 2022/2023 Online

1. Status permohonan boleh disemak melalui Portal Biasiswa LZNK secara online di http://biasiswa.zakatkedah.com.my/.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan di talian 04 - 7331740.

Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah

Emel: pendidikan@zakatkedah.com

Facebook Page: facebook.com/zakatkedah

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK tahun 2022/2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.