Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat membuat permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera 2023 boleh dibuat secara online mulai 16 Januari 2023 sehingga 15 Februari 2023 menerusi lawan web KT www.katmb.com.my atau diperolehi di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) 2022 Online (Semakan Keputusan)


Sedia maklum, Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) merupakan sumbangan untuk anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang bersekolah di peringkat sekolah menengah iaitu Tingkatan 1 , Tingkatan 2, dan Tingkatan 4. Skim ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir.


Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) 2022 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) 2023 Online

1. Muat turun borang permohonan menerusi pautan https://www.katmb.com.my/wp-content/uploads/2023/01/Borang-DERMASISWA-2023.pdf?fbclid=IwAR2S1mbpmXvOzu8RXqCnG-IR0uuNkowis1SaBIKtIIfw3NIrhkLC_lMyBlw atau borang permohonan boleh diperolehi di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran atau muat turun menerusi lawan web KT www.katmb.com.my.

2. Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (DERMS 2023).

3. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.

4. Bayaran dikreditkan ke akaun bank pelajar (anak) seperti yang dinyatakan dalam borang ini. Pastikan akaun tersebut masih aktif.

5. Jika bayaran melalui cek “Pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari masa ke semasa.

6. Borang yang difotostat/ emel/ faks boleh diterima.


Syarat Kelayakan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) 2023

Antara Syarat Kelayakan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.

2. Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.

3. Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.

4. Bagi permohonan suami isteri (anggota KT), hanya Satu (1) permohonan sahaja yang layak diterima.

5. Anak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.

6. Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.

7. Memperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT).


Semakan Keputusan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera 2023

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi terus cawangan KT yang berhampiran.

Semoga perkongsian Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.