Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) JPA 2023 Online (Borang)

Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) JPA 2023 Online (Borang)|BILAKAH tarikh permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA 2023 bakal dibuka? Perhatian baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) JPA tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA 2023 boleh dibuat secara online mulai 15 Julai 2022 (jam 4.30 petang) sehingga 24 Julai 2022 (jam 11.59 malam) melalui Portal Rasmi JPA.

Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) JPA 2022 Online (Borang)

Sedia maklum, Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana tajaan JPA untuk memohon penajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2023.

Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) JPA 2023 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA 2023 Online

1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my.

2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. 

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna 
dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program 
Pelajar Cemerlang Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah 
dibuat.

Syarat Kelayakan Program Pelajar Cemerlang JPA 2023

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian 
peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan; 
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Ibu dan/ atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
(iv) Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
(v) Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama/ Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;
(vi) Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama/ Sarjana;
(vii) Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2020 dan 2021 hingga tarikh tutup 
permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);
(viii) Pelajar semasa memohon dan sepanjang tempoh penajaan mestilah tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan sama ada secara tetap atau kontrak atau sambilan di agensi awam termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau 
agensi swasta supaya pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelajar. Obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang 
berkuat kuasa.
(ix) Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/ tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa;
(x) Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja; 
(xi) Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022; dan
(xii) Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).

Tempat Pengajian

Penajaan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mendapat tempat 
pengajian dalam negara di Universiti Awam (UA), Government-Linked Universities (Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)) atau di universiti-universiti di luar negara seperti di LAMPIRAN 1 sahaja.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis
👉 Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai program PPC, sila emelkan ke ppc2022@jpa.gov.my (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Selamat membuat permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa PPC JPA!

No comments

Powered by Blogger.