Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2023 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 boleh dibuat secara online mulai bulan Mac 2023 menerusi Portal Rasmi Yayasan Sabah. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Biasiswa Yayasan Sabah merupakan tajaan dari Yayasan Sabah (YS) yang akan diberikan secara one-off dan tidak perlu dibayar semula kepada pelajar yang berkelayakan. Pemohon yang berjaya akan menerima sebanyak RM1,000 bagi kemasukan IPTA dalam negeri manakala RM1,000 bagi pengajian luar Negeri Sabah.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi aplikasi permohonan Biasiswa Yayasan Sabah beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online

1. Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web https://ysedu-online.net.my/YSEDU/

2. Pastikan sebelum mengakses borang permohonan secara online, pemohon perlu membeli No. PIN secara PERCUMA di semua pejabat Yayasan Sabah.

3. Anda perlu cetak borang permohonan bersama salinan dokumen yang disahkan dan dihantar ke alamat tertera dibawah:

Bahagian Pembangunan Pendidikan
Kumpulan Yayasan Sabah
Aras 4, 5 dan 7, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALU

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sabah 2023

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sabah adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Pemohon mestilah ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah

B. Syarat Akademik

1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2019.

2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah:
Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.

3. Biasiswa Kejuruteraan:
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi /’A’ Level

4. Kursus Foundation (Kejuruteraan):
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

5. Biasiswa Perubatan Mesir:
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi.

6. Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM):
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

7. Dermasiswa Kemahiran Belia:
Pemohonan daripada para Belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM.

Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Sabah, sila hubungi di:

Menara Tun Mustapha
Yayasan Sabah Headquarters Complex
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA

No. Tel: +(60) 88 326300
No. Fax: +(60) 88 326424
Email: ysinfo@ysnet.org.my

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2023 secara online!

2 comments:

  1. saya masih belum dapat biasiswa yang sepatutnya saya dapat tahun lepas walaupun sudah diberitahu dan dijanji akan terima pada awal bulan satu 2021. sekarang sudah masuk bulan dua tapi masih belum ada khabar. bantuan ni scam ka?

    ReplyDelete
  2. Saya masih belum terima biasiswa one off ni, first call last year ckp dapat lepastu tiada khabar then call lagi bulan 3 cakap dapat ok sekarang mau dekat bulan sdh ni blm lagi dapat.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.