Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2024 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2024 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 5 Julai 2023 menerusi Portal Rasmi Yayasan Sabah. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Biasiswa Yayasan Sabah merupakan tajaan dari Yayasan Sabah (YS) yang akan diberikan secara one-off dan tidak perlu dibayar semula kepada pelajar yang berkelayakan. Pemohon yang berjaya akan menerima sebanyak RM1,000 bagi kemasukan IPTA dalam negeri manakala RM1,000 bagi pengajian luar Negeri Sabah. Pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon tajaan Dermasiswa / Biasiswa / Pinjaman Pengajian Tinggi untuk mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sesi pengajian 2023.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi permohonan Biasiswa Yayasan Sabah beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2024 Online

1. Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web http://www.yayasansabahgroup.org.my.

2. Pemohon perlu mendaftar dengan emel peribadi. 

3. Sila klik pada "Daftar Akaun" dan isikan maklumat yang diminta dengan lengkap.

4. Selepas siap isi maklumat dengan lengkap, sila tekan butang "Daftar".

5. Kemudian, klik pautan di dalam emel yang diterima untuk mengaktifkan akaun.

6. Log masuk akaun untuk mengisi borang permohonan dengan lengkap.

7. Selepas siap isi maklumat borang permohonan, tekan pada butang "Hantar".

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sabah 2024

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sabah adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Pemohon mestilah ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah.

B. Syarat Akademik

1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2022.

2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah:
Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.

3. Biasiswa Kejuruteraan:
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi /’A’ Level

4. Kursus Foundation (Kejuruteraan):
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

5. Biasiswa Perubatan Mesir:
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi.

6. Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM):
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

7. Dermasiswa Kemahiran Belia:
Pemohonan daripada para Belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM.


Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 Online (Semakan Keputusan)

Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Sabah 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Sabah, sila hubungi di:

Menara Tun Mustapha
Yayasan Sabah Headquarters Complex
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA

No. Tel: +(60) 88 326300
No. Fax: +(60) 88 326424
Email: ysinfo@ysnet.org.my

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yayasan Sabah!

4 comments:

  1. saya masih belum dapat biasiswa yang sepatutnya saya dapat tahun lepas walaupun sudah diberitahu dan dijanji akan terima pada awal bulan satu 2021. sekarang sudah masuk bulan dua tapi masih belum ada khabar. bantuan ni scam ka?

    ReplyDelete
  2. Saya masih belum terima biasiswa one off ni, first call last year ckp dapat lepastu tiada khabar then call lagi bulan 3 cakap dapat ok sekarang mau dekat bulan sdh ni blm lagi dapat.

    ReplyDelete
  3. Nak tanya,bila pengambilan diploma keagamaan thun 2023

    ReplyDelete
  4. Kalau mohon biasiswa untuk kursus kosmetologi boleh kah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.