Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2023 KRK KAA SMKA SABK Online

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2023 KRK KAA SMKA SABK Online|ADAKAH anda telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Tingkatan 1 tahun 2023? Bilakah tarikh semakan keputusan Sekolah Kawalan (KRK, KAA, SMKA, SABK) ambilan 2023 bakal diumumkan? Untuk maklumat anda, semakan keputusan Sekolah Kawalan Tingkatan 1 2023 boleh dibuat secara online pada 17 Mac 2023 melalui laman web Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2023 KRK KAA SMKA SABK Online

Sedia maklum, pengambilan murid baharu Sekolah Kawalan Tingkatan 1 2023 adalah melalui permohonan secara borang manual yang diedarkan di sekolah atau melalui JPN masing-masing. Untuk ambilan tahun 2023 kemasukan ke SMKA, permohonan adalah secara atas talian atau online menerusi sistem yang telah dibangunkan oleh KPM iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2023 KRK KAA SMKA SABK Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi semakan keputusan Sekolah Kawalan tahun 2023:

Cara Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2023 Online

1. Sila layari pautan JPN mengikut negeri masing-masing.

2. Kemudian, masukkan No. Angka Giliran UPSR atau No. KP.

3. Klik pada butang 'SEMAK' dan status keputusan akan dipaparkan.

Cara Semakan Keputusan SMKA 2023 Online

1. Semakan keputusan SMKA 2023 boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/aplikasi_tutup.cfm

2. Masukkan No. Angka Giliran UPSR atau No. KP diruangan disediakan.

3. Klik pada butang 'SEMAK' dan status keputusan akan dipaparkan.

Senarai Sekolah Kawalan Di Seluruh Malaysia

Berikut dikongsikan senarai Sekolah Kawalan yang terdapat di seluruh Malaysia:

◾Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA)
◾Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
◾Sekolah Kawalan/Sekolah Rancangan Khas (SRK), Sekolah Rancangan Khas Negeri (SRKN)
◾Kelas Kawalan/ Kelas Premier
◾Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan ◾Khas Daerah (RKD)/Sekolah Premier
◾Kelas Aliran Agama (KAA)

Aplikasi Semakan Tawaran Sekolah Kawalan Tingkatan 1 2023 Mengikut Negeri

1. Johor / PPDMMJohor
2. Terengganu
3. Perak
4. Negeri Sembilan
5. Kedah
6. Kelantan
7. Pahang
8. Selangor / SemakanJAIS
9. Perlis
10. Melaka
11. Kuala Lumpur
12. Sabah
13. Sarawak

Info Penting:
*Aplikasi semakan Jabatan Pendidikan Negeri lain-lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Keputusan SMKA Perak
👉 Semakan Keputusan SMKA Negeri Sembilan

Selamat membuat semakan keputusan Sekolah Kawalan tahun 2023 secara online! Tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Kawalan!

1 comment:

  1. Kenapa utk semakan kaa negeri Johor tidak boleh di semak?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.