Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) 2020 Online

Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) tahun 2020 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) tahun 2020 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam 2020 telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup 28 Februari 2020 menerusi Portal Rasmi IsDB.

Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) 2020 Online

Sedia maklum, Bank Pembangunan Islam (IDB) menawarkan biasiswa di peringkat ijazah sarjana muda, master, Doktor Falsafah (PhD) dan pasca kedoktoran secara sepenuh masa dalam bidang yang telah dikhususkan oleh IDB.

Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) 2020 beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam 2020 Online

1. Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web https://www.isdb.org/scholarships

Syarat Kelayakan Biasiswa Bank Pembangunan Islam 2020

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IsDB) 2020 adalah seperti berikut:

A. Ijazah Sarjana Muda

1. Warganegara mana-mana negara anggota IsDB atau komuniti Islam yang bukan ahli
2. Menamatkan pendidikan menengah (atau setara dengan kira-kira 12 tahun pendidikan) dengan gred yang baik dalam mata pelajaran utama.
3. Tidak menerima sebarang biasiswa lain pada masa permohonan dan semasa pengajian di bawah program biasiswa IsDB.
4. Sihat dan bersedia menjalani ujian perubatan selepas pemilihan.
5. Pemohon mestilah telah ditawarkan melanjutkan pengajian dari salah satu universiti yang telah disenaraikan dalam kalangan 10 universiti terbaik di negara masing-masing.

B. Master

1. Menjadi warganegara dari mana-mana negara anggota IsDB atau komuniti Islam di negara-negara bukan ahli.
2. Menamatkan pengajian dengan gred yang “BAGUS” di peringkat ijazah sarjana muda
3. Bidang pengajian yang dicadangkannya adalah dalam bidang yang diluluskan oleh IsDB
4. Disarankan oleh tiga orang dalam kalangan (profesional atau akademik)
5. Tidak menerima sebarang biasiswa lain atau terikat dengan program atau perkara lain yang bakal mengganggu pengajian melainkan jika calon memaklumkan kepada pihak IsDB secara bertulis
6. Mempunyai tahap kesihatan yang baik

C. PhD

1. Memperolehi ijazah Sarjana Muda (untuk pengajian Ph.D) dalam salah satu bidang yang diluluskan dalam program
2. Memiliki kedudukan akademik di atas purata (“Sangat Baik”)
3. Mempunyai pengalaman kerja dan / atau penyelidikan akan memberi kelebihan
4. Mengikuti bidang pengajian dan / atau penyelidikan yang dicadangkan dalam salah satu bidang yang disenaraikan di bawah bidang pengajian yang diluluskan untuk program ini dengan kaitannya dengan saintifik dan perkembangannya ke negara yang jelas ditunjukkan dalam suatu cadangan penyelidikan
5. Tidak menerima/terikat dengan sebarang biasiswa atau perkara yang akan menggangu pengajian melainkan jika dipersetujui oleh IsDB
6. Tahap kesihatan yang baik

Semakan Keputusan Biasiswa Bank Pembangunan Islam IsDB 2020 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
Bahagian Antarabangsa
Aras 8, Blok Tengah
Kompleksa Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
62592 Putrajaya
(U.P : Unit Kerjasama Pelbagai Hala 2)

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam IsDB tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.