Cara Beli Nombor Pin UPU Di BSN 2021

Cara Beli Nombor Pin UPU Di BSN 2021|BAGAIMANA cara mudah membeli No. Pin Unik UPU di BSN? Perhatian buat para pelajar yang ingin ketahui cara membeli No. Pin UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk makluman anda, pembelian No. Pin Unik ID untuk permohonan UPU ambilan 2020/2021 boleh dibuat melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui mesin ATM BSN, ataupun menggunakan perkhidmatan SMS Banking (pemegang akaun GIRO sahaja). Berikut dikongsikan Cara Membeli No. Pin UPU di BSN buat rujukan anda.

Cara Beli Nombor Pin UPU Di BSN 2020

Sedia maklum, pembelian No. Pin UPU boleh dibuat bermula 24 Februari 2020 hingga 30 Mac 2020 untuk lepasan SPM manakala 24 Februari 2020 hingga 6 April 2020 bagi lepasan STPM/ setaraf di cawangan BSN. Harga No. Pin Unik UPU adalah RM 15.60 (tiada GST).

Cara Beli Nombor Pin UPU Di BSN 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara membeli No. Pin Unik UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN):

Panduan Membeli No. Pin UPU

1. Kaunter BSN

◾ Anda boleh pergi dimana-mana cawangan BSN yang berdekatan dan disertakan membawa Kad Pengenalan dan duit bayaran No. Pin.

◾ No Pin Unik UPU di BSN bagi permohonan sesi 2020/2021 adalah sejumlah RM 15.60.

2. ATM (Automated Teller Machine)

  • Masukkan Kad dan No. Pin anda
  • Pilih Urusan 'Beli Pin'
  • Klik Jenis Permohonan - 'IPTA'
  • Pilih Jenis Program IPTA - 'SPM' atau 'STPM'
  • Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan
  • Semak Maklumat
  • Klik 'SETUJU' untuk meneruskan urusan dan 'BATAL' untuk membatalkan urusan
  • Selepas itu, jangan lupa cetak resit tersebut

Senarai Jenis Pembelian Pin di BSN

2. Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
4. Permohonan Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik
5. Permohonan UiTM
6. Permohonan UNISEL
7. Permohonan Pinjaman PTPTN
8. Melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

Info Penting:
Senarai pembelian No. Pin Unik di BSN boleh rujuk di Portal BSN.

Semoga perkongsian Cara Beli No. Pin UPU di BSN ini memudahkan anda membuat permohonan kemasukan UPU!

No comments

Powered by Blogger.