Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2019 (ISMP) Online

Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2019 (ISMP) Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2019 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar Ijazah Sarjana Muda yang berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2019 boleh dibuat secara online pada 1 Mac 2019 hingga tarikh tutup 31 Mac 2019.

Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2019 (ISMP) Online

Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa semua pelajar yang berkelayakan, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2019 (ISMP) Online

Berikut dikongsikan maklumat yang meliputi tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2019

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi ePenawaran secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://epenawaran.moe.gov.my

2. Tempoh permohonan bagi sesi tajaan 2019/2020 adalah mulai 1 Mac 2019 (Jumaat), jam 4.00 petang (GMT+8) hingga 31 Mac 2019 (Ahad) jam 11.59 malam (GMT+8).

3. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Permohonan yang tidak lengkap, lewat, tidak memenuhi syarat dan/atau dihantar melalui kaedah lain selain daripada tatacara permohonan yang ditetapkan tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Syarat Kelayakan Permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2019

A. Syarat Umum

1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
2. Umur calon tidak melebihi dua puluh lima (25) tahun pada 1 Januari 2019 (tahun
permohonan);
3. Calon adalah pelajar Fakulti Pendidikan di UA yang sedang mengikuti pengajian
tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang ditetapkan
oleh KPM;
4. Calon belum menerima sebarang tawaran biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja;
5. Calon bersedia melepaskan tajaan sedia ada sekiranya ditawarkan biasiswa ISMP oleh KPM;
6. Calon sihat tubuh badan;
7. Calon aktif dalam kegiatan kokurikulum;
8. Calon bukan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

B. Syarat Asas Akademik

1. Calon memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan
lantikan ke perkhidmatan awam;
2. Calon mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu (peperiksaan bertulis dan Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
3. Calon LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Calon mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan
semester terkini (semester 1 atau 2 sahaja) di peringkat Ijazah Sarjana Muda;
5. Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Bidang Pengajian/ Pengkhususan

1. Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris / TESL / TESOL
3. Sejarah
4. Geografi
5. Sains Rumah Tangga / Ekonomi Rumah Tangga
6. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
7. Seni Visual
8. Pendidikan Khas
9. Kimpalan & Fabrikasi Logam

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagisn Biasiswa dan Pembiayaan
Aras 2, No. 2 Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Laman Web: https://epenawaran.moe.gov.my
No. Telefon: 03-8870 4020 / 6000 / 6373 / 6442 / 4961 / 6338 / 6361
Faks: 03-8870 6839

Selamat membuat permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ISMP!

No comments

Powered by Blogger.