Soalan Lazim Permohonan UPU 2019 (FAQ)

Soalan Lazim Permohonan UPU 2019 (FAQ)|ANDA berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA)? Panduan buat anda yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam/ Politeknik Premier/ Kolej Komuniti dan ILKA. Berikut dikongsikan soalan lazim permohonan UPU (FAQ) buat rujukan pelajar.

Soalan Lazim Permohonan UPU 2019 (FAQ)

Sedia maklum, BPKP BPT adalah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di Jabatan Pendidikan Tinggi yang bertanggungjawab menyelaraskan kemasukan ke 20 Universiti Awam dan 3 Politeknik Premier. Selain itu, BPKP BPT juga menyelaras kemasukan ke Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA.

Soalan Lazim Permohonan UPU 2019 (FAQ)

Berikut dikongsikan contoh soalan lazim permohonan UPU Online (FAQ):

1. Bagaimana permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan
ILKA boleh dikemukakan?

JAWAPAN 1:
Permohonan kemasukan hanya melalui UPUOnline sahaja di Portal Rasmi
Kemasukan iaitu http://upu.mohe.gov.my

2. Bila permohonan kemasukan dibuka dan adakah bayaran dikenakan untuk
mengemukakan permohonan?

JAWAPAN 2:
Permohonan kemasukan akan dibuka pada bulan Januari/ Februari setiap tahun.
Pemohon perlu membeli No. Unik ID untuk mengemukakan permohonan

3. Bagaimanakah cara untuk membeli No. Unik ID tersebut dan berapa harga No.
Unik ID?

JAWAPAN 3:
No. Unik ID boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM
BSN sehari selepas iklan disiarkan. Pemohon perlu membawa MyKad/ Salinan
MyKad untuk membeli No. Unik ID. Harga No. Unik ID adalah RM15.65 (termasuk
GST). Kos GST dikenakan oleh BSN.

4. Bolehkah saya akses UPUOnline tanpa membeli No. Unik ID?

JAWAPAN 4:
◾Boleh. Anda hanya perlu Daftar Kali Pertama terlebih dahulu dengan masukkan
item yang yang diperlukan. Semasa Daftar Kali Pertama ini anda tidak perlu
masukkan No. Unik ID.

◾Selepas daftar, anda boleh akses UPUOnline untuk dapatkan maklumat seperti
berikut sebelum mengemukakan permohonan
a) Manual Pengguna UPUOnline
b) e-Panduan : Syarat Am dan Khas Kemasukan

◾Selepas itu, anda boleh membeli No. Unik ID dan mengemukakan permohonan.

5. Bagaimana saya tahu yang saya layak memohon atau tidak?

JAWAPAN 5:
Dalam e-Panduan, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau
tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas
program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info

6. Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, saya telah membuat
kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih
diproses oleh pihak BPKP?

JAWAPAN 6:
Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan kepada
pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian Hotline 03-8870 8200 kerana kesilapan
dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan.

7. Saya telah tersilap daftar No. Kad Pengenalan (NO. KP) semasa pendaftaran
peperiksaan SPM, adakah saya boleh memohon UPUOnline?

JAWAPAN 7:
Boleh. Anda cuma perlu masukkan No. KP yang silap semasa pendaftaran
peperiksaan SPM pada ruangan No. Kad Pengenalan Semasa Pendaftaran
Peperiksaan dalam UPUOnline.

8. Adakah saya diberi peluang untuk membuat kemas kini permohonan
disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?

JAWAPAN 8:
Ya, anda masih boleh kemas kini permohonan tanpa sebarang had sepanjang tempoh permohonan. Namun demikian, anda perlu pastikan kemas kini maklumat
hanya dilakukan oleh anda sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak ke-3. BPKP
JPT tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dimasukkan.

9. Bagaimana saya perlu membuat pilihan program pengajian? Senarai program
pengajian yang ada terlalu banyak.

JAWAPAN 9:
Anda boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-
a) 20 UA & Politeknik Premier
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/epanduan/ipta/
b) Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php

Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info. Sila pastikan anda memilih program pengajian yang
layak sahaja.

Selain itu, sebelum anda memilih pilihan program pengajian, anda perlu memilih
tiga (3) bidang yang diminati. Senarai program pengajian yang dipaparkan adalah berdasarkan tiga (3) pilihan bidang yang telah anda pilih.

10. Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa saya dipanggil untuk temu duga
atau ujian seperti Ujian MEdSI?

JAWAPAN 10:
Anda perlu menyemak di laman web UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang
berkaitan. Pihak UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan juga akan turut menghubungi anda untuk maklumkan mengenai panggilan Temu duga/ Ujian.

Selain itu, SMS Blast juga akan dihantar kepada anda untuk menyemak panggilan
temu duga/ ujian. Pastikan No. Telefon Bimbit yang dimasukkan adalah betul.

11. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?

JAWAPAN 11:
Anda boleh menyemak status keputusan permohonan melalui 3 kaedah berikut:
a) Internet :
• http://upu.mohe.gov.my
• https://jpt.utm.my
• http://jpt.uum.edu.my
• https://jpt.unimas.my
• http://jpt.ums.edu.my

b) SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP ; ATAU
SMS Taip TVET<space>RESULT<space>NOKP dan hantar ke 15888

c) Talian Hotline UPU: 03-8870 8200

12. Saya mendapat tawaran melalui BPKP, JPT tetapi tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar kursus lain?

JAWAPAN 12:
Tawaran adalah muktamad. Pemohon yang telah berjaya mendapat tawaran ke UA
melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran kursus yang lain. Keputusan adalah muktamad.

13. Bilakah rayuan kemasukan bagi lepasan SPM boleh dibuat?

JAWAPAN 13:
Permohonan rayuan boleh dibuat bermula 21 Mei sehingga 25 Mei 2018.

14. Bagaimana untuk membuat rayuan bagi lepasan SPM yang tidak mendapat tempat di Universiti Awam/ Politeknik Premier ?

JAWAPAN 14:
Calon Lepasan SPM yang gagal untuk kemasukan ke Universiti Awam /Politeknik
Premier boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di
http://upu.mohe.gov.my mulai hari hebahan keputusan. Rayuan boleh di buat dalam
tempoh lima (5) hari bekerja.

15. Bagaimana untuk membuat rayuan bagi lepasan SPM ke program TVET di
Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA?

JAWAPAN 15:
Calon yang gagal permohonan kemasukan ke Program TVET di Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan permohonan
rayuan terus kepada agensi yang berkaitan.

16. Bilakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan rayuan?

JAWAPAN 16:
Permohonan rayuan sesi akademik 2018/2019 akan diumumkan keputusannya pada 04 Jun 2018.

17. Saya telah memilih program bertemuduga semasa rayuan. Adakah saya akan di panggil temuduga?

JAWAPAN 17:
Panggilan temuduga dan kaedah yang akan digunakan tertakluk kepada universiti.

18. Boleh saya tahu rayuan melalui UPU ada berapa fasa?

JAWAPAN 18:
Rayuan melalui UPU ada 2 fasa. Fasa 1, rayuan di buka mengikut pilihan program
yang mempunyai kekosongan tempat. Fasa 2, di hebahkan keputusan sahaja mengikut kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar di UA.

19. Bilakah keputusan rayuan fasa 1 dan fasa 2 akan diumumkan ?

JAWAPAN 19:
Hebahan keputusan fasa 1 pada Minggu akhir Ogos manakala Fasa 2 pada minggu
kedua September 2018.

KLIK 👉 FAQ Permohonan UPU

Cara Hubungi

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai UPU anda boleh hubungi UPU di :

Facebook Page: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
Talian Helpline: (03) 8870 8200, (03) 88706767, (03) 8870 6777

Semoga perkongsian Soalan Lazim Permohonan UPU 2019 (FAQ) ini dijadikan rujukan buat semua pelajar!

No comments

Powered by Blogger.