Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA 2020 Online

Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA 2020 Online|ADAKAH anda peminjam pinjaman pelajaran MARA? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA tahun 2020. Untuk makluman anda, kini permohonan pengurangan Pinjaman MARA 2020 boleh dibuat secara online melalui laman sesawang eConversion.

Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA 2019 Online

Sedia maklum, MARA ada menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar Bumiputera yang melanjutkan pengajian di peringkat Persediaan Ijazah Pertama hingga ke peringkat Ijazah Tertinggi (PhD) di dalam dan luar negara.

Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan aplikasi permohonan dan syarat kelayakan permohonan beserta kadar pengurangan:

Cara Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online

1. Pemohon perlu layari eConversion secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://online06.mara.gov.my/econversion

2. Klik pada ikon 'Log Masuk'. Pemohon perlu masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan di sistem e-baki.

3. Pastikan semua maklumat yang diisi dengan betul dan lengkap sebelum hantar.

4. Pengguna perlu klik pada ‘upload dokumen’ untuk ke skrin seterusnya iaitu skrin upload pengguna.

5. Pengguna perlu memuatnaik dokumen seperti skroll dan transkrip. Pastikan dokumen-dokumen yang dimuatnaik perlulah dalam bentuk format jpg, jpeg, png, gif atau pdf sahaja.

6. Bagi melengkapkan proses permohonan pemohon perlu memuatnaik resit bayaran bagi bayaran komitmen conversion dengan menekan butang ‘upload’.

7. Pengguna perlu melengkapkan tarikh bayaran dan no rujukan atau no resit. Klik pada butang ‘choose file’ untuk memilih fail di storan dan klik butang ‘upload’ untuk memuatnaik fail tersebut.

8. Permohonan yang telah lengkap akan diproses oleh pihak BKK. Pengguna boleh membuat semakan status dengan melihat icon ‘status’ dan panduan status.

Syarat Kelayakan Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA

Antara syarat kelayakan permohonan pengurangan pinjaman MARA adalah seperti berikut:

1. Kelayakan Memohon :
a) Pelajar lulus pengajian yang diikuti di
     bawah Tajaan MARA

2. Dokumen yang perlukan untuk
    permohonan :
a) Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd
    (disahkan benar)
b) Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan
     benar)
     Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd
     disahkan benar oleh Pegawai
     Kerajaan atau Badan Berkanun
     Kumpulan A dan Penghulu/Pengerusi
     Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan
     Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa
     Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai
     Dalam Perkhidmatan Perundangan &
     Kehakiman seperti Majistret/Peguam.

3. Pemohon perlu membuat bayaran
    komitmen RM300 atas akaun Pinjaman
    Pelajaran MARA (bukti pembayaran
    perlu disertakan).

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak
    akan diproses.

5. Sebarang pembayaran yang telah dibuat
    sebelum Pengurangan Pinjaman
    Pelajaran diluluskan tidak akan
    dikembalikan (bagi peminjam yang tidak
    memohon. Pengurangan dalam tempoh
    yang ditetapkan seperti yang dinyatakan
    pada Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran
    MARA).

6. Kelulusan Rasmi Permohonan
    Pengurangan boleh disemak melalui
    sistem e-baki di url
    http://apps.mara.gov.my/ebakiv2.

Kadar Pengurangan Pointer Pinjaman MARA

◾3.5 above - Bayaran balik 15% dari total pinjaman
◾3.0 – 3.49 - Bayaran balik 20% dari total pinjaman
◾2.5 – 2.99 - Bayaran balik 25% dari total pinjaman
◾2.0 – 2.49 - Bayaran balik 30% dari total pinjaman

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa MARA 2020
👉 Semakan Baki Pinjaman MARA Online (e-Baki)

Selamat membuat Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.