Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2019/2020

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2019/2020|ANDA berminat melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi? Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke Matrikulasi KPM sesi 2019/2020? Perhatian buat lepasan SPM/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi sesi 2019/2020. Untuk makluman anda, permohonan Matrikulasi ambilan 2019/2020 telah dibuka mulai 19 Julai 2018 menerusi Laman Web Matrikulasi. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018.

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2019/2020

Permohonan Program Matrikulasi hanya untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2018 sahaja. Terdapat dua program yang ditawarkan di Matrikulasi iaitu Program Matrikulasi Dua Tahun dan Program Matrikulasi Empat Tahun.

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2019/2020 

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan Program Matrikulasi KPM beserta syarat kelayakan:

Tarikh Penting Permohonan Matrikulasi KPM 

◾Tarikh Permohonan: 19 Julai hingga 30
     November 2018
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://matrikulasi.moe.gov.my

Cara Permohonan Matrikulasi KPM 2019/2020

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
    Matrikulasi melalui pautan berikut:
KLIK 👉 https://matrikulasi.moe.gov.my

2. Pastikan membeli No. PIN berharga RM
    10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN)
    bagi membolehkan mengakses borang
    secara online.

3. Pemohon juga boleh membuat bayaran
    Permohonan Melalui Internet (PMI) di
    mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun   
    GIRO / Wadiah BSN sahaja).

4. Setelah selesai mengisi permohonan, sila
    klik butang 'HANTAR' dan 'CETAK' borang
    permohonan sebagai bukti.

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2019/2020

Syarat Permohonan Matrikulasi KPM 2019/2020

Berikut adalah syarat permohonan Program Matrikulasi KPM 2019/2020:

◾Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018

◾Pelajar perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran seperti berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2018

Syarat Kelayakan Minimum

Antara syarat kelayakan minimum kemasukan Matrikulasi adalah seperti berikut:

A) Jurusan Sains

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi

B) Jurusan Perakaunan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)

C) Aliran Teknikal

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dihubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian hotline 03 - 8884 4083.

Selamat membuat Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2019/2020! Semoga anda berjaya mendapat tawaran program Matrikulasi KPM!

No comments

Powered by Blogger.