Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 & SPM Terkini 2018

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 & SPM Terkini 2018|ADAKAH anda pelajar UPSR, PT3 dan SPM? Apakah gred pemarkahan atau julat markah terkini peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018? Untuk makluman anda, semakan keputusan peperiksaan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah boleh dibuat secara online melalui sistem SAPS NKRA. Berikut dikongsikan gred pemarkahan terkini peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tahun 2018.

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 & SPM Terkini 2018

Gred pemarkahan untuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang digunapakai oleh seluruh sekolah dalam Sistem SAPS NKRAPenetapan julat dan gred markah oleh KPM ini berkuatkuasa mulai tahun 2016.

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 & SPM Terkini 2018

Berikut dikongsikan gred pemarkahan terkini bagi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tahun 2018 buat rujukan anda:

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan dan Ujian

Perubahan dalam julat gred markah terkini melibatkan TIGA peringkat pembelajaran iaitu:

◾ Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
◾ Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
◾ Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

A) Julat Gred Markah Sekolah Rendah    
     (SR) 2016 

Berikut adalah gred pemarkahan terkini sekolah rendah meliputi pelajar Darjah 1 hingga 6 serta peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR):

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 80 - 100 : A : CEMERLANG
  • 65 - 79 : B : BAIK
  • 50 - 64 : C : MEMUASKAN
  • 40 - 49 : D : MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • 0 - 39 : E : BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • TH : TH : TIDAK HADIR
B) Julat Gred Markah Menengah Rendah 
    (MR) 2016 

Berikut adalah gred pemarkahan terkini sekolah menengah meliputi pelajar Tingkatan 1 hingga 3 serta peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3):

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 85 - 100 : A : CEMERLANG
  • 70 - 84 : B : KEPUJIAN
  • 60 - 69 : C : BAIK
  • 50 - 59 : D : MEMUASKAN
  • 40 - 49 : E : MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • 0 - 39 : F : BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • TH : TH : TIDAK HADIR
C) Julat Gred Markah Menengah Atas
    (MA) 2016

Berikut adalah gred pemarkahan terkini sekolah menengah meliputi pelajar Tingkatan 4 hingga 5 serta peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 90 - 100 : A+: CEMERLANG TERTINGGI
  • 80 - 89 : A: CEMERLANG TINGGI
  • 70 - 79 : A-: CEMERLANG
  • 65 - 69 : B+: KEPUJIAN TERTINGGI
  • 60 - 64 : B: KEPUJIAN TINGGI
  • 55 - 59 : C+ : KEPUJIAN ATAS
  • 50 - 54 : C: KEPUJIAN
  • 45 - 49 : D: LULUS ATAS
  • 40 - 44 : E: LULUS
  • 0 - 39 : G: GAGAL
  • TH : TH: TIDAK HADIR
Semoga perkongsian Gred Pemarkahan Peperiksaan Terkini 2018 ini dijadikan panduan buat semua pelajar UPSR, PT3 dan SPM!

No comments

Powered by Blogger.