Borang Permohonan UPU Skills 2022 Online

Borang Permohonan UPU Skills 2022 Online|ANDA berminat menyambung pengajian di Universiti Awam (UA)? Panduan buat anda pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pengajian Sijil Pengajar Vokasional (VTO). Untuk makluman anda, permohonan UPU Skills 2022 untuk kemasukan ke Politeknik Vokasional/Metro dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat secara online. Berikut dikongsikan Borang Permohonan UPU Skills 2022 buat panduan anda.

Borang Permohonan UPU Skills 2018 Online

Permohonan kemasukan melibatkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), ADTEC, Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Politeknik, CIAST dan BLKP.

Jadual Sesi Permohonan

1. IKBN: 14 Mac - 10 April 2018
2. ADTEC: 14 Mac - 13 April 2018
3. JMTI: 14 Mac - 13 April 2018
4. ILP: 14 Mac - 13 April 2018
5. Politeknik: 16 Mac - 10 April 2018
6. CIAST: *Akan dibuka 9 Mei 2018
7. BLKP: 30 April - 14 Jun 2018

Borang Permohonan UPU Skills 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UPU Skills secara online buat rujukan anda:

1. Pemohon perlu layari Laman UPU Skills secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 UPU Skills

Cara Permohonan UPU Skills 2021 Online

1. Laman Utama dan Pendaftaran

◾ Pada ruangan Daftar Akaun Baru, pemohon wajib mengisi No. Kad Pengenalan/MyKad tanpa tanda (-).

◾ Pemohon wajib mengisi Alamat Emel, Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.

◾ Setelah selesai mengisi ruangan daftar, sila klik 'Daftar' untuk menyelesaikan pendaftaran.

2. Log Masuk

◾ Pada laman Log Masuk, pemohon perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan  Kata Laluan yang didaftarkan.

3. Maklumat Peribadi

Berikut adalah maklumat penting yang perlu diisi:

◾ Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Poskod, Negeri, Bandar, Telefon, Emel, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Status Kahwin, Pekerjaan, Pendapatan Isi Rumah dan Tanggungan. (*Wajib diisi)

◾Klik pada butang 'Simpan' untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.

4. Maklumat Akademik

Berikut adalah maklumat akademik yang perlu diisi:

◾Kelayakan, Jenis Kelayakan, Pusat Pengajian Terdahulu, Bidang, Maklumat  SPM, dan Peperiksaan Tambahan (jika berkaitan).  (*Wajib diisi)

◾Klik pada butang 'Simpan' untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.

5. Maklumat Kokorikulum

Berikut adalah maklumat kokorikulum yang perlu diisi:

◾ Pertandingan Kemahiran Malaysia, My, Skills MySkills ASEAN, Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) dan Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC). (*Wajib diisi)

◾Klik pada butang 'Simpan' untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.

6. Pilihan Program Pengajian

◾Pemohon wajib mengisi maklumat seperti berikut:
a) Institusi: Wajib diisi
b) Program: Wajib diisi
c) Pusat Latihan 1/ Latihan: Wajib diisi
     salah satu atau kedua-dua
d) Pusat Temuduga: Wajib diisi

◾Klik pada butang 'Simpan' untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.

7. Pengesahan Maklumat

◾ Pastikan maklumat yang diisi adalah 'TEPAT' dan 'BETUL'.

◾Pemohon klik pada butang 'Sah & Hantar' untuk memastikan maklumat selamat diterima oleh sistem.

8. Slip Permohonan UPU Skills

◾Cetak slip permohonan kemasukan pelajar.

◾Pastikan pemohon mencetak Slip Permohonan sebagai bukti sah permohonan.

Semoga perkongsian Permohonan UPU Skills 2022 secara online ini dijadikan rujukan buat semua pemohon!

No comments

Powered by Blogger.