Contoh Surat Rayuan Permohonan Matrikulasi KPM 2022

Contoh Surat Rayuan Permohonan Matrikulasi KPM|ADAKAH anda telah membuat semakan Matrikulasi sesi 2022? Adakah anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Matrikulasi KPM? Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya dalam permohonan Matrikulasi sesi 2022/2023. Untuk makluman anda, bagi yang telah gagal dalam permohonan, anda boleh membuat rayuan Matrikulasi pada hujung bulan April 2019.

Contoh Surat Rayuan Permohonan Matrikulasi KPM

Calon disarankan sentiasa melayari Laman Web Rasmi BMKPM bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh rayuan Matrikulasi. Sedia maklum, selain membuat permohonan rayuan melalui surat rayuan. Terdapat DUA cara lain iaitu rayuan secara online di Bahagian Matrikulasi dan hadir sendiri ke Bahagian Matrikulasi KPM.

Contoh Surat Rayuan Permohonan Matrikulasi KPM 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh surat rayuan permohonan Matrikulasi KPM tahun 2022:

Nama Pemohon
Alamat Surat Menyurat
.........................
.........................

-------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya


20 APRIL 2018

TUAN,

PER: RAYUAN KEMASUKAN KOLEJ MATRIKULASI SESI 2018/2019

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya .................. (No. KP ................) ingin membuat rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi sesi 2018/2019. Jurusan yang saya memohon ialah Jurusan Sains.

2. Saya telah memperolehi .... A dan .....B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Kimia dan Fizik. Selain itu, saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.

3. Di samping itu, saya juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Saya pernah menyertai ............. Saya juga pernah menyertai .............. (Disertakan peringkat). Pada tahun 2016, saya mencapai kejayaan dalam ............. (Disertakan peringkat).

4. Pada tahun 2017, sewaktu saya di Tingkatan Lima, saya pernah memegang jawatan Pengerusi dalam .............. dan memegang jawatan Naib Pengerusi dalam .................. . Selain itu, saya juga pernah memegang jawatan dalam .............. .

5. Bersama-sama surat rayuan ini, saya sertakan satu salinan kad pengenalan beserta satu salinan keputusan peperiksaan SPM yang telah disahkan sebagai rujukan Tuan.

6. Besar harapan saya sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya memasuki mana-mana Kolej Matrikulasi tuan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

.................................. (Tandatangan)
(NAMA PEMOHON)

Semoga perkongsian Contoh Surat Rayuan Permohonan Matrikulasi KPM ini dijadikan panduan buat semua pemohon! Selamat mencuba dan semoga anda berjaya dalam permohonan rayuan Matrikulasi!

No comments

Powered by Blogger.