Semakan Keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023/2024 Online

Semakan Keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023/2024 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Program Sarjana Muda UITM 2023/2024 bakal diumumkan? Berita baik buat anda yang ingin ketahui semakan keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023 (Kemasukan Mac 2024). Untuk makluman anda, semakan keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023 boleh dibuat secara online mulai 21 Februari 2024 (Hari Rabu) pada jam 03.00 petang di Portal Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023/2024 Online

Semakan Keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023/2024 Online 

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023 termasuk tarikh dan aplikasi semakan:


Tarikh Rasmi Keputusan Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023 Diumumkan

◾Tarikh Semakan: 21 Februari 2024 (Hari Rabu) jam 3:00 petang

◾Aplikasi Semakan: https://online.uitm.edu.my/


Cara Semakan Keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023

1. Semakan keputusan Program Sarjana Muda Sepenuh Masa UITM Sesi 2 2023 boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://online.uitm.edu.my/.

2. Masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".

3. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar dalam talian adalah pada 21 Februari 2024 hingga 03 Mac 2024 sahaja. Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.


Senarai Kategori Lepasan Yang Terlibat

Kategori lepasan yang terlibat adalah:

➜ Lepasan STPM

➜ Lepasan STAM

➜ Lepasan Matrikulasi KPM

➜ Lepasan Asasi UiTM

➜ Lepasan ASASIpintar UKM

➜ Lepasan Asasi Sains UM

➜ Lepasan Diploma IPT Lain

➜ Lepasan DVM

➜ Lepasan DLKM

➜ Penerapan Asasi Undang-Undang UiTM (PI005)

Semakan Keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 2023/2024 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UITM, sila hubungi di:

Pengarah

Bahagian Pengambilan Pelajar

Kompleks Antarabangsa

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam

SELANGOR DARUL EHSAN

◾Unit Sarjana Muda

No. Tel: 03-5544 3174/3195/3198/2798/3277

Emel Unit Sarjana Muda: pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my

◾Unit Pentadbiran dan Program Profesional

No. Tel: 03-5544 3168/3172

Emel Unit Pentadbiran dan Program Profesional: pengambilan@uitm.edu.my

Selamat membuat Semakan Keputusan Program Sarjana Muda UITM Sesi 2 Tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan UITM!

No comments

Powered by Blogger.