Semakan Keputusan UKCG ISMP 2023 Online (eUKCG)

Semakan Keputusan UKCG ISMP 2023 Online (eUKCG)|BILAKAH tarikh semakan keputusan UKCG ISMP tahun 2023 bakal diumumkan? Perhatian buat pemohon yang ingin ketahui semakan keputusan eUKCG ISMP ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, semakan keputusan UKCG ISMP 2023 boleh dibuat secara online pada 20 Julai 2023 (Hari Khamis) jam 3:00 petang melalui Portal Rasmi UKCG. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan UKCG ISMP 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan UKCG ISMP 2023 Online (eUKCG)

Sedia maklum, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM. Manakala eUKCG merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPGM.

Semakan Keputusan UKCG ISMP 2023 Online (eUKCG)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi semakan keputusan UKCG ISMP secara online:

Tarikh Penting Semakan Keputusan UKCG ISMP 2023

◾Tarikh Semakan: 20 Julai 2023 (Hari Khamis) jam 3:00 petang
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://ukcg.moe.gov.my/ismp/

Cara Semakan Keputusan eUKCG ISMP 2023 Online

1. Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2023 boleh disemak melalui pautan di https://ukcg.moe.gov.my/ismp/ mulai 20 Julai 2023 (Khamis), jam 3.00 petang.

2. Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan.

3. Klik pada butang "Hantar" dan keputusan ujian akan dipaparkan di screen anda.

Semakan Keputusan UKCG ISMP 2023 Online (eUKCG)

Format eUKCG

- Peperiksaan eUKCG ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A (120 soalan) manakala Bahagian B (60 soalan).

- Setiap calon mestilah menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.

Semakan Keputusan UKCG ISMP 2023 Online (eUKCG)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UKCG ISMP, sila hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8321 7113 / 7138 / 7151 / 7157 / 7159 atau emelkan ke alamat ismp.bt@moe.gov.my

Selamat membuat Semakan Keputusan UKCG ISMP 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UKCG ISMP!

No comments

Powered by Blogger.