Contoh Cover Letter Internship & Latihan Industri Terbaik 2024 (BM & BI)

Contoh Cover Letter Internship & Latihan Industri Terbaik 2024 (BM & BI)|APAKAH contoh cover letter terbaik internship dan Latihan Industri bagi tahun 2024? Perhatian buat anda yang ingin ketahui contoh cover letter internship dan Latihan Industri (LI) terbaik tahun 2024 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berikut dikongsikan Contoh Cover Letter Internship & Latihan Industri Terbaik 2024 buat rujukan anda.

Contoh Cover Letter Internship & Latihan Industri Terbaik 2023 (BM & BI)

Mengapa "Cover Letter" itu amat penting? Sedia maklum, masih ramai yang belum tahu, sebagai orang yang baru sahaja masuk bidang pekerjaan, anda perlukan contoh cover letter terbaik untuk membuka mata bakal majikan. Apa itu Cover Letter? Dalam mencari pekerjaan, perkara yang pertama yang memberikan bakal majikan gambaran yang positif atau sebaliknya mengenai kita adalah melalui surat permohonan kerja (cover letter) dan resume. Sebaiknya surat pemohonan kerja ini disesuaikan dengan jawatan dan syarikat yang dipohon.


Contoh Cover Letter Internship & Latihan Industri Terbaik 2024 (BM & BI)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Cover Letter Internship & Latihan Industri Terbaik 2024 Dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris:


Senarai Kandungan Cover Letter Terbaik

- Alamat dan butiran diri anda, termasuk alamat penerima

- Tarikh hari ini

- Panggilan yang betul seperti Encik, Tuan, Cik Puan

- Tujuan surat itu, termasuk butiran jawatan yang ditawarkan

- Tunjukkan minat anda terhadap jawatan yang ada dan ambil tahu tentang syarikat itu


Contoh Cover Letter Internship & Latihan Industri Terbaik 2024

Berikut dikongsikan Contoh Cover Letter Internship dan Latihan Industri dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris:


Contoh Cover Letter Internship Bahasa Melayu (1)

Salim Bin Rejab

No 1, Jalan Semarak, 

Taman Semarak, 

40300, Shah Alam, Selangor.

_______________________________


Pengurus Besar

ABC Auto Service, 

No 100, Jalan Merak, 

Taman Merak, 

40300, Shah Alam, Selangor.


10 Januari 2022


Tuan/Puan,

PERMOHONAN KERJA KOSONG SEBAGAI AUTOMOTIVE TECHNICIAN

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak Tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan Portal kerja kosong bertarikh 1 Disember 2021. Saya sertakan lampiran resume/ CV saya untuk rujukan Tuan nanti.

2. Untuk makluman Tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun sebagai technician automotive di sebuah auto service. Selain itu, saya juga telah bekerja selama 5 tahun sebelum ini di sebuah kilang Perodua sebagai technician automotive/ foreman. Saya juga merupakan graduan dalam diploma bidang  kejuruteraan mekanikal automotif dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

3. Saya telah mengikuti perkembangan tempat kerja Tuan sejak dua tahun lalu yang banyak memberikan perkhidmatan yang terbaik. Selain kebolehan saya bertutur kata dalam bahasa Inggeris dan juga Mandarin sudah semestinya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih efisien dan proaktif. Saya juga merupakan seorang yang mudah belajar dan berkebolehan bekerja di dalam satu pasukan.

4. Saya berharap agar permohonan saya ini diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak Tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga kelak. Segala pertimbangan pihak Tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


————————————

Yang Benar,

(Tandatangan anda)


Contoh Cover Letter Internship Bahasa Melayu (2)

Rahman Bin Saha 

No 123, Jalan Permai Indah

Taman Permai Indah,

40300, Shah Alam, Selangor.


1 Mei 2022

Pengarah Kementerian Sumber Manusia

Jabatan Kesihatan Daerah,

Daerah Shah Alam,

403000, Shah Alam, Selangor.


PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI SETIAUSAHA

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Setiausaha di organisasi Tuan.

2. Untuk pengetahuan Tuan, saya merupakan pemegang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pengajian saya pada bulan Mei 2020.

3. Buat masa sekarang, saya telah memegang jawatan sebagai Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Shah Alam yang berkecimpung dalam bidang hartanah dan pembangunan. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap. Disini saya turut sertakan lampiran resume saya untuk rujukan pihak Tuan.

4. Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Tuan. Saya juga berharap pihak Tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga kelak. 

5. Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

…………………………

(NAMA PEMOHON)


Contoh Cover Letter Latihan Industri Bahasa Melayu (1)

Rahim Bin Taha

No 1, Jalan Permai Indah

Taman Permai Indah,

40300, Shah Alam, Selangor.


1 April 2022


Pengurus Besar

XYZ Auto Service,

No. 1, Jalan Bukit Mertajam,

Taman Bukit Mertajam,

40300, Shah Alam, Selangor.


Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat memberi peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri di syarikat tuan/puan selama empat (4) bulan bermula dari 1 Jun 2022 sehingga 1 November 2022.

2. Untuk makluman tuan/puan, saya merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Automotif di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Saya sedang mengikuti pengajian di semester keenam dimana salah satu syarat untuk menamatkan pengajian adalah dengan mengikuti program latihan industri dimana-mana sektor kerajaan mahupun syarikat swasta.

3. Menerusi pemerhatian dan kajian saya mendapati bahawa syarikat tuan/puan menepati ciri-ciri organisasi yang mampu menyediakan Latihan Industri berkualiti tinggi dalam bidang Kejuruteraan. Saya juga yakin bahawa saya mampu untuk memberi kerjasama dan komitmen untuk kemajuan syarikat tuan/puan ke arah yang lebih cemerlang.

4. Dengan ini saya bersama-sama lampirkan resume/ CV untuk penilaian pihak tuan/puan. Saya berharap agar permohonan saya ini diberi pertimbangan sewajarnya. Segala pertimbangan pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Yang Benar,

………………………………

(NAMA PEMOHON)


Contoh Cover Letter Latihan Industri Bahasa Inggeris (1)

Dear Sir/Madam,


Greetings,

My name is Rahim Bin Taha, a student from Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Currently, I am pursuing my study in 3rdyear 2ndsemester in Mechanical Engineering.

In this upcoming July 2021 until January 2022, we are required to go for our internship in order to complete the UTEM curricular structure. Hence, I am writing to see if you have an available position for student that is looking for an industrial training placement.

The purpose of the internship is to develop our hands-on skills in the field of engineering, besides to give a good exposure of different work interface in the company while gaining awareness to face the industry in the future.

I am interested to part of the organization where I can fully utilize my skills and make a significant contribution to the success of the employer and also my individual growth. It is also another precious opportunity for me to explore and gain more knowledge in engineering field for my future preparation.

Attached herewith is my resume/ CV together with the necessary documents for your kind perusal. Should you inquire any more details, please feel free to contact at abc@gmail.com.

Looking forward to receive a positive reply from your side. Thank you and have a nice day!

Semoga perkongsian Contoh Cover Letter Internship & Latihan Industri Terbaik ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.