Permohonan Murid Tahun 1 2022/2023 Online (Login)

Permohonan Murid Tahun 1 2022/2023 Online (Login)|BILAKAH tarikh permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2022/2023 bakal dibuka? Perhatian buat ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran anak-anak ke Tahun 1 ambilan 2022/2023. Untuk makluman anda, permohonan Murid Tahun 1 2022/2023 bakal dibuka secara atas talian (online) mulai 1 Mac 2021 hingga 30 April 2021 menerusi laman sesawang di https://public.moe.gov.my/.

Permohonan Murid Tahun 1 2022/2023 Online (Login)

Sedia maklum, pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2022/2023 boleh dibuat secara online di Semenanjung Malaysia. Manakala, bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh dilakukan dengan hadir sendiri (walk-in).

Permohonan Murid Tahun 1 2022/2023 Online (Login)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Murid Tahun 1 termasuk aplikasi permohonan dan cara login:

Cara Permohonan Murid Tahun 1 2022/2023 Online

A. Semenanjung Malaysia

1. Pemohon perlu layari Laman Web SPATKPM secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK đŸ‘‰ https://public.moe.gov.my/

2. Kemudian, login menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan.

3. Isikan maklumat borang pendaftaran yang diminta seperti maklumat prasekolah/tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak.

4. Cetak borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang diperlukan.

5. Pastikan ibu bapa membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk proses Perakuan. Antara dokumen yang perlu dibawa (dokumen asal + 1 salinan) adalah:
◾Sijil lahir anak/ sijil anak angkat
◾Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
◾Surat nikah/ surat cerai
◾Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
◾Laporan doktor & kad OKU (jika berkaitan)

B. Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan Tahun 1 hendaklah dikemukakan secara manual oleh ibu bapa/penjaga dengan menghadirkan diri di sekolah yang diinginkan untuk mengisi borang.

Tarikh Penting Permohonan Murid Tahun 1 2022/2023

◾Tarikh Permohonan: 1 Mac 2021 hingga 30 April 2021
◾Kemasukan tahun 2022 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016
◾Kemasukan tahun 2023 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.

Semakan Keputusan Murid Tahun 1 2022/2023 Online

*Semakan keputusan pendaftaran murid Tahun 1 kebiasaannya boleh dibuat sekitar bulan Julai atau Ogos.

Selamat membuat Permohonan Murid Tahun 1 2022/2023 secara online dan manual! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tahun 1!

No comments

Powered by Blogger.