Permohonan Jawatan MySTEP 2024 Online (Semakan Status)

Permohonan Jawatan MySTEP 2024 Online (Semakan Status)|APA itu MySTEP? Perhatian buat anda warganegara Malaysia yang berkelayakan membuat permohonan jawatan kosong MySTEP tahun 2024. Untuk makluman anda, Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2023 dengan menawarkan menawarkan 50,000 peluang kerjaya secara kontrak merangkumi 15,000 dalam sektor awam dan 35,000 melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Berikut dikongsikan Permohonan Jawatan MySTEP 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Jawatan MySTEP 2023 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023. Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100, berbanding RM1,400 hingga RM2,000. MySTEP merupakan satu program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.


Permohonan Jawatan MySTEP 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan MySTEP termasuk syarat kelayakan, kadar upah dan semakan status:


Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

⬛ Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan

⬛ Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023

⬛ Sektor Awam: 1-12 Bulan

⬛ GLC Rakan Strategiknya: 6-12 Bulan


Kadar Upah / Bayaran

Berikut dikongsikan kadar bayaran / gaji bagi pekerja MyStep yang diperuntukkan kepada permohonan yang berjaya:

A.  Sektor Awam Kadar (RM)

⬛ Setaraf Ijazah Sarjana Muda - 2,000

⬛ Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia - 1,800

⬛ Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - 1,600

⬛ Tiada Sijil Pelajaran Malaysia - 1,400

B. GLC/ Rakan Strategik Kadar Minimum* (RM)

⬛ Setaraf Ijazah Sarjana Muda - 2,000

⬛ Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia - 1,800

⬛ Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - 1,600

⬛ Tiada Sijil Pelajaran Malaysia -


Syarat Kelayakan Permohonan MySTEP 2024

Antara syarat kelayakan untuk mohon jawatan kerja kosong/ personel MySTEP adalah seperti berikut:

A. Sektor Awam

- Warganegara Malaysia

- 18 tahun ke atas

- Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas

- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing

B. GLC/ Rakan Strategik

- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas

- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC / rakan strategik masing-masing


Cara Permohonan Jawatan MySTEP 2024 Online

1. Tempoh permohonan: -

2. Permohonan MySTEP boleh dibuat melalui Portal Rasmi MySTEP atau mengisi borang permohonan digital melalui pautan di https://mystep.mof.gov.my/form

3. Isikan maklumat borang permohonan yang disediakan dengan betul dan lengkap. Klik pada butang "Hantar".

Permohonan Jawatan MySTEP 2023 Online (Semakan Status)

4. Antara dokumen yang diperlukan untuk Permohonan MySTEP adalah seperti berikut:

- CV atau Resume

- Sijil Digital Vaksinasi COVID-19

5. Permohonan juga boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti:

- Khazanah​

- Permodalan Nasional Berhad (PNB)​

- Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)​

- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja/ Employees Provident Fund


Semakan Status Jawatan MySTEP 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Status Jawatan MySTEP tahun 2024:

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Jawatan MySTEP, sila rujuk Portal MyStep di https://mystep.mof.gov.my/info

Email: info.mystep@treasury.gov.my

No. Telefon: 03 - 8882 4666

Semoga perkongsian Permohonan Jawatan MySTEP tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat jawatan MySTEP!

No comments

Powered by Blogger.