Permohonan UMP 2023 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan UMP 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke UMP tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan UMP 2023 akan dibuka secara atas talian (online) pada 1 November 2022 hingga 15 Disember 2022 menerusi Portal Rasmi UMP. Berikut dikongsikan Permohonan UMP 2023 Online buat rujukan anda.
Selain UMP, terdapat juga beberapa pengambilan UA lain yang turut menawarkan second intake Februari/Mac 2023 seperti UM, UTM, UTHM, UMK, UiTM, UIAM, UUM dan UPSI. Universiti Malaysia Pahang atau mudah dikenali sebagai UMP merupakan Institut Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia yang terletak di Kuantan, Pahang. Universiti ini menawarkan beberapa fakulti pengajian antaranya iaitu Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian dan banyak lagi.
Permohonan UMP 2023 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UMP beserta syarat kemasukan dan semakan keputusan:Tarikh Penting Permohonan UMP 2023
⬛ Tarikh Dibuka: 1 November 2022 - 15 Disember 2022Cara Permohonan UMP Februari 2023 Online
1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UMP secara online menerusi pautan seperti berikut:KLIK 👉 https://admission.ump.edu.my/
Syarat Kemasukan UMP 2023
Antara syarat kemasukan ke Universiti Malaysia Pahang adalah seperti berikut:
A. Syarat Am
Lepasan Diploma/ Matrikulasi/ Politeknik/ STPM/ STAM/ A-Level
Minimum kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia dan lulus Sejarah pada peringkat SPM
B. Syarat Khas
Tertakluk kepada program pengajian.
Semakan Keputusan UMP 2023 Online
Berikut dikongsikan cara semakan keputusan UMP ambilan 2023 secara online:1. Semakan keputusan UMP ambilan Februari 2023 bagi program Ijazah Sarjana Muda dijangka boleh dibuat secara online pada bulan Mei 2022 menerusi Laman Web Rasmi UMP https://apps02.ump.edu.my/semakanV2/login.jsp
2. Masukkan No Kad Pengenalan dan klik pada butang "Semakan".
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UMP, sila hubungi di:Unit Pengambilan Pelajar Tempatan dan
Hubungan Akademik
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA),
UMP Pekan
Universiti Malaysia Pahang
26000 Pekan
No. Tel. : +609-424 5252 / 5263
No. Fax : +609-424 5262
Email : bpa@ump.edu.my
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA),
UMP Kampus Gambang
No. Tel. : +609-549 2550
Faks : +609-549 2555
Web: http://bpa.ump.edu.my
Post a Comment