Permohonan Pra Diploma UiTM 2023 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Pra Diploma UiTM 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Pra Diploma UiTM 2023 bakal dibuka? Perhatian buat para pelajar yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Pra Diploma UiTM sesi 2023. Untuk makluman anda, permohonan Pra Diploma UiTM 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi UiTM. Berikut dikongsikan Permohonan Pra Diploma UiTM 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni. Tujuan utama program PPT adalah untuk mengambil pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU.
Permohonan Pra Diploma UiTM 2023 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Pra Diploma UiTM termasuk senarai program, syarat kemasukan dan semakan keputusan:
Cara Permohonan Pra Diploma UiTM 2023 Online
1. Calon boleh membuat permohonan no pin PERCUMA dengan e-melkan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN & NO TELEFON kepada SENARAI EMEL PPT MALAYSIA atau boleh klik pada pautan ini.
Senarai Program Pra Diploma UiTM Yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai program yang ditawarkan di Pra Diploma UiTM:
- Pra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)
- Pra Diploma Sains (PD007 & PD008)
- Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003)
- Pra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002)
- Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002)
Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM 2023 Online
Hebahan Keputusan Program Pra Diploma UiTM Lepasan SPM 2023 boleh disemak secara online menerusi pautan di online.uitm.edu.my.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pra Diploma UiTM, sila hubungi PPT di talian 03 -5521 1306 / 1444 / 1449 / 1448 / 1416 atau emel kepada pptshahalam@uitm.edu.my
Pengarah
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Tel: 03 5521 1306/1416/1444/1448/1449
FB Rasmi : ppptuitm
Tik Tok : @ppptuitm
Laman Web Rasmi : pppt.uitm.edu.my
Emel: pptshahalam@uitm.edu.my
Semoga perkongsian Permohonan Pra Diploma UiTM tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment