Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2022/2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda anak kelahiran Sarawak yang berminat membuat permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak (YBSTAR) tahun 2022 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2022 boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang di http://www.yayasansarawak.org.my/. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2022 Online buat rujukan anda.
Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak (YBSTAR) beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2022 Online
1. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dan boleh dilakukan menerusi laman web http://www.yayasansarawak.org.my/
2. Permohonan hendaklah diserta dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi;,
3. Calon dikehendaki untuk sertakan bersama salinan dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan.
4. Sila ambil perhatian bahawa semua salinan dokumen dan sijil perlulah disahkan terlebih dahulu.
5. Pegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta yang sedang berkhidmat mestilah kemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar sepenuh masa.
6. Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa;
7. Semua dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada Seksyen Biasiswa, Yayasan Sarawaak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, 93050 Petra Jaya, Kuching.
Jenis Biasiswa Yayasan Sarawak
Terdapat dua biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan mengikut bidang pengajian masing-masing iaitu:
A. Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib
Untuk pengajian kursus STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)
B. Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman
Kursus bukan STEM selain Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sarawak 2022
Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sarawak 2022 adalah seperti berikut:
A. Syarat Asas
- Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali Anak Kelahiran Sarawak) ;
- Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf di Dalam Negara sahaja. Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukkan ke Institusi.
- Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana 10 Institusi Pengajian Tinggi Terunggul di dunia (10 Institusi Terbaik Dunia). Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukkan ke Institusi.
B. Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
PERINGKAT & KRITERIA KELAYAKAN &
PENCAPAIAN AKADEMIK
ljazah Pertama Pemohon mestilah
memperolehi subjek Bahasa
Melayu Kepujian (Kredit)
dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan
yang setaraf dengannya.
Memperoleh CGPA/PNGK 3.00
dan ke atas bagi lulusan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) atau yang setaraf
dengannya/ Diploma /
Matrikulasi / Asasi/
Foundationl A-Level dan yang
setaraf dengannya;
ljazah Lanjutan Memperoleh pencapaian
akademik yang cemerlang
CGPA/PNGK 3.00 ke atas
semasa ljazah Pertama atau
Sarjana.
Kriteria Tambahan
Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum; Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan; Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti;
Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Sarawak 2022
*Akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Sarawak, sila hubungi Seksyen Biasiswa di talian 082-441686 atau layari laman rasmi Yayasan Sarawak.
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak!
Post a Comment