Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2021 (Tarikh)

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2021 (Tarikh)|BILAKAH tarikh peperiksaan SPM tahun 2021 bakal berlangsung? Perhatian buat pelajar Tingkatan Lima (5) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021. Menerusi Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), tarikh peperiksaan SPM 2021 dijangka bakal diadakan secara rasmi pada bulan Mac 2022. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2021 buat rujukan anda.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2021 (Tarikh)

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2021 (Tarikh)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jadual waktu peperiksaan SPM 2021 yang meliputi tarikh, masa, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan:

Tarikh Penting Peperiksaan SPM 2021 (Ujian Lisan & Bertulis)

Tarikh peperiksaan SPM 2021 akan diadakan seperti berikut:

◾ Ujian Amali dan Sains: Bulan Februari 2022
◾ Ujian Bertulis: Mulai Mac 2022

Jadual Lengkap Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2021

TAHUN 2021

*Akan dikemaskini

Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:

1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/ bilik peperiksaan.

3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.

6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Muat Turun Jadual Peperiksaan SPM 2021

Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, anda boleh muat turun/ download Jadual Peperiksaan SPM 2021 dalam format PDF menerusi pautan dibawah:

⬛ Jadual Rasmi SPM Tahun 2021
⬛ Jadual Rasmi SPM Tahun 2021 (Sesi Kedua)

Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan SPM 2021 ini dijadikan rujukan buat semua calon SPM! Selamat maju jaya buat semua calon!

No comments

Powered by Blogger.