Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar-pelajar hafiz yang telah memiliki Diploma atau Sijil yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada dalam atau luar negara. Untuk makluman anda, permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh dibuat secara online mulai 8 Mac sehingga 18 Mac 2021.

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, SPH merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki Diploma atau Sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPT dalam dan luar negara. Tawaran SPH ini dibuka kepada pelajar separuh masa sahaja bagi pelajar yang menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah bagi sesi pengajian 2020/2021 Semester 2. 


Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM termasuk syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian, dokumen sokongan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM 2021

1. Layari laman web secara online di http://sph.islam.gov.my/v2/.

2. Klik butang 'Mohon Sekarang'.

3. Kemudian, klik butang ‘Daftar Akaun Pemohon.’

4. Baca syarat-syarat permohonan dan klik butang ‘Setuju.’

5. Isikan maklumat pemohon dan klik butang ‘Daftar.’

6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

7. Isikan maklumat diri dengan lengkap dan betul.

8. Muat naik dokumen sokongan.

9. Setelah selesai, cetak “Slip Pengesahan Permohonan SPH” sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat.


Bidang Pengajian

Pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang berikut layak untuk memohon SPH:

A. Luar Negara

- Pengajian Islam

- Qiraat

- Sastera

- Perubatan

B. Dalam Negara

- Pengajian Islam

- Qiraat

- Sastera

- Sains

- Kejuruteraan

- Teknologi

- Perubatan

- Pergigian

- Farmasi

- Optometri

- Undang-Undang

- Ekonomi/ Akaun


Syarat Kelayakan Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021

Pelajar yang ingin memohon SPH perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.

2. Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan.

3. Pemohon tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.

4. Pemohon yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pemohon yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH.

5. Baki pengajian pemohon tidak kurang dari 2 semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian.

6. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.

7. Pemohon yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di semester 2 dan ke atas adalah layak untuk memohon biasiswa SPH.


Syarat Akademik

Selain itu, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat akademik seperti:

A. Pengajian Ijazah Sarjana Muda

- Mempunyai Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 ke atas; atau

- Mempunyai Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid /Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid; dan

- SPM 5 Kepujian/STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab)/STAM Pangkat Jayyid.

B. Pengajian Ijazah Sarjana Muda (tahun 2 dan ke atas)

- PNGK tahun pertama 3.3 ke atas; dan

- Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid.

C. Pengajian Ijazah Sarjana/Ph.D (Pengajian dalam negara sahaja)

- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian); dan

- Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid.


Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan berikut perlu dimuat naik semasa permohonan dilakukan:

- 1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport.

- Salinan Kad Pengenalan.

Salinan Sijil-sijil akademik:

– Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM/Sijil Tahfiz Malaysia/Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM.

– Sijil Pelajaran Malaysia.

– Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia.

- Salinan Transkrip Pensijilan/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana.

- Salinan Surat Tawaran Pengajian.

- Surat Akuan Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas).

- Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga/tanggungan.

- Slip gaji ibu/bapa/penjaga atau Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri); dan

- Sijil-Sijil Ko-Kurikulum.


Semakan Keputusan Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM 2021

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SPH, sila hubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di talian 03-8870 7149/7141/7142/7145 atau emel ke sph@islam.gov.my.

Semoga perkongsian Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.