Permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2022 Online (Semakan Status)

Permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2022 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2022 bakal dibuka? Perhatian buat para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) di Malaysia. Untuk makluman, permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2022 boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 16 Mac 2021 hingga tarikh tutup 15 April 2021 menerusi Portal Rasmi MAINPP.

Permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2021 Online (Semakan Status)


Sedia maklum, Zakat Pulau Pinang mengumumkan satu bantuan pelajaran iaitu Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang kepada semua pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PH.D


Permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Cara Permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2022

1. Daftar dan mohon di laman sesawang http://zakatpenang2u.com/.

2. Pilih menu Bantuan Zakat.

3. Kemudian, klik Permohonan Bantuan.

4. Pilih menu Dermasiswa Pengajian.

5. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

6. Semak dan tekan butang ‘Hantar’ setelah selesai melengkapkan borang permohonan tersebut.


Syarat Kelayakan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2022

Antara syarat kelayakan permohonan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam.

2. Warganegara Malaysia.

3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama tiga (3) bulan.

4. Tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.

5. Semester kedua (2) dan ke atas sahaja.


Semakan Status Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2022

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan atau maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Dermasiswa Pengajian, Zakat Pulau Pinang di talian 04- 5498088/125/155 atau emel ke dermasiswa@zakatpenang.com

Selamat permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dermasiswa Zakat Pulau Pinang!

No comments

Powered by Blogger.