Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2022/2023 Online
Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2022/2023 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan PSPM Matrikulasi bagi Semester I dan III ambilan 2022/2023 bakal diumumkan? Perhatian buat pelajar Matrikulasi yang ingin membuat semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Matrikulasi sesi tahun 2022/2023. Untuk makluman anda, semakan keputusan PSPM Matrikulasi 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 8 Mac 2023 jam 10:00 pagi menerusi Portal Rasmi Matrikulasi.
Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2022/2023 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan PSPM Matrikulasi 2022/2023:
A. Semakan Secara Online
1. Layari laman web rasmi Matrikulasi secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Aplikasi Semakan PSPM Online
B. Kolej Masing-Masing
Cara Semakan Keputusan PSPM PST PDT 2022/2023
Berikut dikongsikan semakan keputusan PSPM Matrikulasi bagi calon PST (Semester I) dan PDT (Semester I dan III):A. Semakan Secara Online
1. Layari laman web rasmi Matrikulasi secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Aplikasi Semakan PSPM Online
B. Kolej Masing-Masing
◼️ Edaran slip keputusan peperiksaan
C. Panggilan Telefon
◼️ Mengikut Kolej Matrikulasi masing-masing
Permohonan Semakan Semula Keputusan PSPM
Kepada pelajar Matrikulasi yang tidak berpuas hati dengan keputusan PSPM, anda boleh membuat rayuan untuk membuat semakan semula:-◾Proses semakan semula keputusan peperiksaan hanya boleh dibuat selepas pengumuman rasmi keputusan dikeluarkan.
◾Kepada yang ingin membuat rayuan semakan hendaklah melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM. Borang boleh didapati di kolej matrikulasi, pejabat bahagian matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya ataupun melayari laman sesawang rasmi KPM di http://www.moe.gov.my.
◾Setiap kertas peperiksaan yang ingin disemak semula akan dikenakan bayaran seperti yang termaktub di borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM.
◾Bayaran untuk semakan semula kertas peperiksaan hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
◾Borang semakan semula yang lengkap termasuk bayaran hendaklah sampai di Bahagian matrikulasi dalam masa dua minggu termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum.
◾Jika borang yang disertakan tidak lengkap termasuk bayaran akan dikembalikan semula kepada pemohon.
◾Permohonan selepas tarikh tutup adala TIDAK DILAYAN.
◾Keputusan semakan semula kertas peperiksaan akan diumum kepada pemohon melalui email pemohon seperti yang tertera dalam borang permohonan.
◾Keputusan semakan semula adalah MUKTAMAD.
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PSPM Matrikulasi, sila hubungi di:◾Kolej Matrikulasi masing-masing
◾Hal Ehwal Akedemik Bahagian Matrikulasi di Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM) di talian 03 - 8884 4020
Selamat membuat Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi Sesi 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PSPM Matrikulasi!
Post a Comment