Tarikh dan Tempat Bayaran Secara Tunai BPN, Fasa 2 & 3 BSH dan BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)

Tarikh dan Tempat Bayaran Secara Tunai BPN, Fasa 2 & 3 BSH dan BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)|ANDA ingin tahu tentang Pembayaran Secara Tunai BPN, Fasa 2 & 3 BSH 2020 dan BKSS (Pedalaman Sabah & Sarawak)? Berita baik buat anda Pedalaman Sabah & Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank untuk penunaian BPN, Fasa 2 & 3 BSH dan BKSS tahun 2020. Berikut dikongsikan Tarikh dan Tempat Bayaran Secara Tunai BPN, Fasa 2 & 3 BSH dan BKSS Bagi Pedalaman Sabah & Sarawak buat panduan anda.

Tarikh dan Tempat Bayaran Secara Tunai BPN, Fasa 2 & 3 BSH dan BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)

Menerusi Perbendaharaan Malaysia Sarawak, tarikh dan tempat bayaran secara tunai Fasa 2 & 3 Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi kawasan Pedalaman Sarawak yang tiada akaun bank telah diumumkan. Surat makluman akan dipos kepada penerima dan boleh membuat semakan di papan kenyataan Pejabat Residen atau Pejabat Daerah. Bagi penerima/ waris yang didaftarkan sahaja dibenarkan membuat penunaian di lokasi yang ditetapkan.

Tarikh dan Tempat Bayaran Secara Tunai BPN, Fasa 2 & 3 BSH dan BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Tarikh Bayaran Secara Tunai BPN, Fasa 2 & 3 BSH 2020 dan BKSS termasuk jadual dan tempat/ lokasi:

Tarikh Pembayaran Secara Tunai Bagi Pedalaman Sarawak

Menerusi Perbendaharaan Malaysia Sarawak, bayaran baki BSH Fasa 3 akan dilakukan mulai 1 Julai sehingga 31 Julai 2020.

Senarai Tempat Bayaran Secara Tunai BPN, BSH dan BKSS Bagi Pedalaman Sarawak

Berikut dikongsikan tarikh dan lokasi pembayaran BPN, BSH dan BKSS bagi Pedalaman Sarawak:

1. Para penerima atau waris berdaftar diwajibkan membawa kad pengenalan/ Mykad/ MyKid/ Surat Beranak bagi tujuan penunaian seperti lokasi yang ditetapkan.

Sesi 1: 8.30 hingga 11.30 pagi (dikhaskan untuk penerima warga emas iaitu 60 tahun dan ke atas)
Sesi 2: 11.30 pagi hingga 1.30 petang (penerima biasa iaitu 59 tahun ke bawah)
Sesi 3: 1.30 petang hingga 4.30 petang (penerima biasa 59 tahun dan ke bawah)

Tarikh dan Tempat Bayaran Secara Tunai BPN, Fasa 2 & 3 BSH dan BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)

Jumlah dan Kategori Bayaran BSH Fasa 3 2020

1. Jumlah BSH RM600 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.
2. Jumlah BSH RM350 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000.
3. Jumlah BSH RM250 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000.
4. Jumlah BSH RM400 diberikan kepada kategori bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
5. Kategori isi rumah yang bakal terima BSH Fasa 3 bulan Julai akan dapat tambahan RM120 setiap anak (bawah 18 tahun) dengan maksimum hanya kepada 4 orang anak.

Cara Semakan Status BSH Fasa 3 Online

1. Anda boleh buat semakan status BSH Fasa 3 secara online menerusi pautan di https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1800-88-2747.

Semoga perkongsian Tarikh dan Tempat Bayaran Secara Tunai BPN, Fasa 2 & 3 BSH dan BKSS Bagi Pedalaman Sarawak dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.