Semakan Bayaran BKSS 3.0 Untuk Isi Rumah & Bujang B40

Semakan Bayaran BKSS 3.0 Untuk Isi Rumah & Bujang B40|APAKAH status bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0? Perhatian buat rakyat negeri Sarawak khusus golongan Bujang B40 yang telah membuat permohonan BKSS 3.0. Untuk makluman anda, semakan bayaran BKSS 3.0 untuk isi rumah & bujang B40 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang https://www.sarawak.gov.my.

Semakan Bayaran BKSS 3.0 Untuk Isi Rumah & Bujang B40

Sedia maklum, Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Manakala, isi rumah yang tidak tersenarai dalam BKSS akan menerima bayaran sebanyak RM1,500.

Semakan Bayaran BKSS 3.0 Untuk Isi Rumah & Bujang B40

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Semakan Bayaran BKSS 3.0 beserta tarikh dan jumlah pembayaran:

Cara Semakan Status Bayaran BKSS 3.0 Online

1. Semakan status bayaran BKSS 3.0 boleh dibuat secara online di https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak.

2. Masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang ''Hantar".

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

- Bayaran BKSS 3.0 akan dibuat kepada individu Bujang B40 mulai 15 Jun 2020 dengan jumlah bayaran sebanyak RM500 setiap penerima secara one-off.

Cara Pembayaran BKSS 3.0

1. Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

2. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rayuan BKSS 2020 Isi Rumah dan Bujang

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi di talian 082-555-999 atau emel ke 555999@sarawak.gov.my

Semoga perkongsian Semakan Bayaran BKSS 3.0 Untuk Isi Rumah & Bujang B40 ini dijadikan panduan buat anda semua!

1 comment:

  1. 3 kali sehari semak status permohonan rayuan,tapi jawapan yg sama, berapa lama masa yg kerajaan negeri ambil untuk semakan data permohonan rayuan BKSS?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.