Cara Mohon PPR 2020 Online (Program Perumahan Rakyat)

Cara Mohon PPR 2020 Online (Program Perumahan Rakyat)|ANDA ingin memiliki rumah idaman sendiri? Perhatian buat anda yang ingin memiliki rumah idaman sendiri dan berpendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan. Untuk makluman anda, permohonan PPR Disewa/ Dimiliki 2020 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi SPRN.

Cara Mohon PPR 2020 Online (Program Perumahan Rakyat)

Sedia maklum, dalam sistem TEDUH ini akan memaparkan beberapa skim perumahan iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Skim Pinjaman Perumahan (SPP), Program Rumah Transit dan Program Perumahan Rakyat (PPR). Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Cara Mohon PPR 2020 Online (Program Perumahan Rakyat)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Aplikasi Permohonan PPR beserta syarat kelayakan permohonan, jenis perumahan dan semakan status:

Cara Permohonan PPR Disewa/ Dimiliki 2020 Online

A. Daftar Akaun

1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, pemohon haruslah membuat akaun menerusi pautan di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register

2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti Nama, No Kad Pengenalan dan Alamat e-mel.

B. Pergi Ke Emel Untuk Pengesahan

1. Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.

2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.

3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

C. Pilih Skim

1. Pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.

2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".

3. Pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

D. Dokumen Sokongan

1. Pemohon perlu klik pada DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.

2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

E. Lakukan Pengesahan

1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.

2. Setelah membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.

Syarat Kelayakan Permohonan PPR 2020

Antara Syarat Kelayakan Permohonan PPR adalah seperti berikut:

A. SKIM PPR DISEWA
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
4. Pemohon belum memiliki rumah
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

B. SKIM PPR DIMILIKI
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
4. Pemohon belum memiliki rumah
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri


Semakan Status Rumah PPR 2020 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PPR, sila menghubungi di:

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

Semoga perkongsian Cara Mohon Program Perumahan Rakyat PPR tahun 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.