Tarikh Penunaian dan Semakan Nombor Siri BPN 2020

Tarikh Penunaian dan Semakan Nombor Siri BPN 2020|BILAKAH tarikh penunaian Nombor Siri BPN bakal dibuka? Berita baik buat anda pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ingin membuat penunaian Nombor Siri BPN di kaunter BSN bagi yang tiada nombor akaun bank dan yang gagal kredit. Untuk makluman anda, tarikh penunaian Nombor Siri BPN boleh dibuat pada 1 Jun 2020 (bagi yang tiada nombor akaun bank) dan 2 Jun 2020 (bagi yang gagal kredit).

Tarikh Penunaian dan Semakan Nombor Siri BPN 2020

Sedia maklum, Nombor Siri BPN (No. Baucar) dikeluarkan bagi pemohon yang lulus untuk pembayaran Bantuan Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai nombor akaun bank atau bank tidak aktif. Ia merupakan usaha pihak LHDN memudahkan pemohon yang akaun bank tidak aktif boleh membuat penunaian BPN di cawangan BSN yang berdekatan.

Tarikh Penunaian dan Semakan Nombor Siri BPN 2020

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN termasuk semakan No. Siri BPN dan cara penunaian BPN di Kaunter BSN:

Tarikh Penunaian Nombor Siri BPN 2020

- Tarikh penunaian Nombor Siri BPN boleh dibuat pada 1 Jun 2020 (bagi yang tiada akaun bank) dan 2 Jun 2020 (bagi yang gagal kredit).

Cara Semakan Nombor Siri BPN Online

1. Semakan No. Siri BPN boleh dibuat secara online di Portal BPN menerusi pautan di https://bpn.hasil.gov.my/.

2. Nombor Siri akan dipaparkan di Portal Rasmi BPN dibahagian No. Baucar.

3. Masukkan No MyKad dan CAPTCHA, klik pada butang SEMAK.

4. Kemudian, klik pada "PAPARAN MAKLUMAT BAYARAN".

5. Masukkan KATA LALUAN anda, klik "LOG MASUK"

6. Klik pada MAKLUMAT BAYARAN. Selepas itu, No. Siri anda akan dipaparkan di No. Baucer.

Cara Penunaian BPN Di Kaunter BSN

1. Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN pada 1 Jun 2020 (bagi yang tiada akaun bank) manakala 2 Jun 2020 (bagi yang gagal kredit).

2. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri BPN.

Tarikh Penunaian dan Semakan Nombor Siri BPN 2020

Semoga perkongsian Tarikh Penunaian dan Semakan Nombor Siri BPN ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.