Tarikh Pembayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan Seberikutnya

Tarikh Pembayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan Seberikutnya|BILAKAH tarikh pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP untuk bulan seberikutnya? Berita baik buat anda penerima i-Lestari KWSP yang ingin ketahui tarikh pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan enam. Berikut dikongsikan Tarikh Pembayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan Jun buat panduan anda.


Sedia maklum, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama telah dikreditkan ke akaun masing-masing pada 4 Mei 2020 yang lalu. Manakala bagi yang gagal dikreditkan ke akaun, anda perlu membuat kemaskini akaun bank secara online di Portal i-Lestari atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP. Inisiatif pengeluaran duit KWSP menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan melibatkan pencarum bawah usia 55 tahun yang dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP.

Tarikh Pembayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan Seberikutnya

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Tarikh Pembayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan Seberikutnya termasuk cara semakan status bayaran:

Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

1. Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada 4 Mei 2020.

2. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

3. TERKINI: Tarikh pembayaran kedua pengeluaran i-Lestari KWSP pada bulan Jun 2020 telah dikreditkan ke akaun penerima mulai 1 Jun 2020 secara berperingkat.

Tarikh Pembayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan Seberikutnya

Info Penting:
* Tarikh pembayaran duit i-Lestari KWSP akan dikemaskini dari semasa ke semasa


Konsep Am Pembayaran i-Lestari KWSP

1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.

2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).

3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

CONTOH SITUASI MUDAH

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tempoh Pembayaran i-Lestari KWSP

- Pengeluaran KWSP i-Lestari berkuatkuasa selama tempoh 1 tahun.

- Pencarum boleh mengeluarkan KWSP i-Lestari dari 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

Cara Semakan Bayaran i-Lestari KWSP Online

1. Layari Laman Web Rasmi i-Lestari secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Telefon Bimbit yang disahkan.

3. Klik pada "Saya bukan robot" dan klik pada butang "SEMAK".

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Duit Masuk i-Lestari KWSP Untuk Bulan Jun 2020

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Untuk Bulan Seterusnya ini dijadikan panduan buat anda semua!

4 comments:

  1. Pertanyaan pembayaran i lestari bermula pada mei bulan 5 dan berakhir pada bulan mac 31 tidak cukup 12 bulan pada 1 april tahun 2020 tiada pembayaran di buat pembayaran pertama pada bulan mei dan berakhir pada bulan april baru genap 12 bulan atau 1tahun minta pencerahan kurang faham?

    ReplyDelete
  2. Untuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank macam mana...jika permohonan mereka telah diluluskan

    ReplyDelete
  3. Ye la..mn ada pembayaran pada bulan april..start pembayaran pada bulan mei..mohon pencerahan sikit...keliru..

    ReplyDelete
  4. Mei18 haribulan dapat tapi bulan jun nie bila nk masuk weeiiii

    ReplyDelete

Powered by Blogger.