Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Bayaran Program Subsidi Upah PERKESO 2020

Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Bayaran Program Subsidi Upah PERKESO 2020|BILAKAH tarikh semakan bayaran Program Subsidi Upah PERKESO? Berita baik buat anda yang telah membuat permohonan Program Subsidi Upah (PSU) PERKESO tahun 2020. Untuk makluman anda, majikan atau pekerja boleh membuat semakan senarai majikan yang lulus bayaran Program Subsidi Upah menerusi Portal Rasmi Prihatin PERKESO.

Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Bayaran Program Subsidi Upah PERKESO 2020

Sedia maklum, Program Subsidi Upah telah diperkenalkan pada 1 April 2020 sehingga 20 Mei 2020, PERKESO telah menerima 299,166 permohonan daripada majikan yang mewakili 2.4 juta pekerja. Anda yang layak nama majikan akan dipaparkan dan bakal menerima bayaran sehingga RM1,200. Program Subsidi Upah merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Bayaran Program Subsidi Upah PERKESO 2020

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Aplikasi Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Bayaran Program Subsidi Upah PERKESO:

Cara Semakan Status Kelulusan Program Subsidi Upah PERKESO Online

1. Majikan dan pekerja boleh mepmbuat semakan senarai nama majikan yang telah diluluskan Program Subsidi Upah menerusi pautan di https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/

2. Masukkan Kod Majikan atau Nama Perusahaan diruangan yang disediakan.

Jumlah Bayaran Program Subsidi Upah PERKESO

A. Syarikat mempunyai pekerja 1-75 orang

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

B. Syarikat mempunyai pekerja 76-100 orang

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

C. Syarikat mempunyai pekerja lebih 200 orang

Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja di kekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Program Saringan Prihatin PERKESO Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau e-mel kepada aduansip@perkeso.gov.my

Semoga perkongsian Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Bayaran Program Subsidi Upah PERKESO 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

5 comments:

  1. Majikan saya bayar saya duit socso rm460 saja

    ReplyDelete
  2. Subsidi gaji bulan ni company blm trima ke?

    ReplyDelete
  3. Majikan ade buat pemotongan epf dan socso . Tapi bila tnya bkenaan bantuan dri socso utk pekerja .majikan ckp xdpt sbb xbuat pembayaran sip .. betul ka ?

    ReplyDelete
  4. Worldwide wood trading

    ReplyDelete

Powered by Blogger.