Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma 2021 Untuk Pelajar B40

Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma 2021 Untuk Pelajar B40|ANDA berkelayakan membuat permohonan telefon pintar percuma dari Yayasan YTL? Berita baik buat pelajar sekolah dari keluarga B40 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan telefon pintar percuma dengan data 120GB. Berikut dikongsikan Cara Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma Data 120GB Untuk Pelajar B40 buat rujukan anda.

Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma Data 120GB Untuk Pelajar B40

Sedia maklum, Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah. Inisiatif belajar dari rumah sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.

Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma 2021 Untuk Pelajar B40

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma B40 2021 Online

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40 :

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Sila layari ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa dan klik "Semak".

3. Anda hendaklah mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

4. Kemudian, lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.

Semakan Status Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB

1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:

- 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
- 1 salinan MyKad ibubapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40

3. Pastikan ibu bapa mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel.

Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma Data 120GB Untuk Pelajar B40

Syarat Kelayakan Permohonan Telefon Pintar Percuma

Antara Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.

2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Semoga perkongsian Permohonan Telefon Pintar Percuma Data 120GB Untuk Pelajar B40 ini dijadikan panduan buat para pelajar dan ibu bapa!

1 comment:

  1. Sye sdh mohon tapi telepon tidak datang .yg datang sim saja yg datang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.