Permohonan Rayuan BPN 2020 Bagi Status Tidak Layak

Permohonan Rayuan BPN 2020 Bagi Status Tidak Layak|ADAKAH anda GAGAL dalam permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020? Berita baik buat golongan B40 dan M40 yang status permohonan Bantuan Prihatin Nasional "TIDAK LAYAK". Untuk makluman anda, permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional 2020 DILANJUTKAN sehingga 31 Mei 2020 melalui kaunter-kaunter LHDN dan menghantar emel.

Permohonan Rayuan BPN 2020 Bagi Status Tidak Layak

Sedia maklum, lebih 2.3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diluluskan berjumlah RM1.7 bilion. Bagi mereka yang layak, pembayaran BPN akan dibuat secara sekali gus mulai 15 Mei 2020. Status permohonan baharu dan rayuan BPN boleh disemak mulai 9 Mei 2020. Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan BPN, jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion.

Permohonan Rayuan BPN 2020 Bagi Status Tidak Layak

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Rayuan BPN Bagi Status Tidak Layak termasuk semakan status rayuan permohonan:

Cara Permohonan Rayuan BPN 2020

1. Bagi permohonan yang TIDAK LAYAK, permohonan rayuan BPN boleh dikemukakan menerusi emel kepada LHDNM (rayuanbpn@hasil.gov.my) atau hadir di kaunter-kaunter LHDN mulai 11 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020.

2. Pemohon perlu mengemukakan bersama dengan dokumen sokongan seperti berikut:
◼️Dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan
◼️Dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini (tidak lulus kerana SSM)

Semakan Status Rayuan Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online

KLIK 👉 Semakan Status Lulus Permohonan Baru Dan Rayuan BPN

Info Teks Permohonan Rayuan BPN 2020

Permohonan Rayuan BPN 2020 Bagi Status Tidak Layak

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi pihak Kementerian di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.

Emel: bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my
Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia

Semoga perkongsian Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional 2020 ini dijadikan panduan buat pemohon BPN! Semoga anda berjaya membuat permohonan rayuan BPN!

No comments

Powered by Blogger.