Permohonan Rayuan BKSS 2020 (Bantuan Khas Sarawakku Sayang)

Permohonan Rayuan BKSS 2020 (Bantuan Khas Sarawakku Sayang)|ANDA gagal dalam permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2020? Berita baik buat golongan isi rumah dan bujang berumur 21 tahun ke atas di Negeri Sarawak yang berkelayakan membuat permohonan rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2020. Untuk makluman anda, permohonan rayuan BKSS 2020 boleh dibuat secara online sehingga 31 Mei 2020 menerusi laman sesawang https://www.sarawak.gov.my.

Permohonan Rayuan BKSS 2020 (Bantuan Khas Sarawakku Sayang)

Permohonan Rayuan BKSS 2020 (Bantuan Khas Sarawakku Sayang)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Aplikasi Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status rayuan:

Cara Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Online

1. Layari Laman Web Sarawak secara atas talian menerusi pautan di https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_form/

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap.

3. Setelah selesai mengisi borang permohonan, sila klik pada butang "Hantar".

Syarat Kelayakan Permohonan Rayuan BKSS 2020

Antara Syarat Kelayakan Rayuan BKSS adalah seperti berikut:

1. Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
2. Bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Semakan Status Rayuan BKSS 2020 Online

1. Keputusan rayuan permohonan BKSS boleh dibuat selepas 15 Jun 2020 menerusi pautan di https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak.

Cara Hubungi

Ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 082-555-999 atau emel di 555999@sarawak.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

5 comments:

  1. Bantuan Sarawak ku sayang

    ReplyDelete
  2. Permohon rayuan sarawak ku sayang

    ReplyDelete
  3. Pemohon rayuan Sarawakku sayang

    ReplyDelete
  4. Kenapa rakyat Swk yg bekerja di semenanjung terutama B40 tidak diluluskan sedangkan syarat jika lulus BSH 2020 automatik layak...??????

    ReplyDelete
  5. Kenapa 3 bulan yg lepas sy dpt.. Tpi bila sy buat semakan tiada dalam rekod?? Smpai skg xde apa pun? Ckp 6 bulan tpi 3 bulan je? Ada lagi ke org x msuk selain dri sy?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.