Cara Mohon RMMT 2020 Online (Rumah Mampu Milik Terengganu)

Cara Mohon RMMT 2020 Online (Rumah Mampu Milik Terengganu)|ANDA belum pernah dan ingin memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat anda rakyat Terengganu yang berkelayakan membuat permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Laman Web Rasmi e-Perumahan Terengganu.

Cara Mohon RMMT 2020 Online (Rumah Mampu Milik Terengganu)

Sedia maklum, Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) merupakan satu inisiatif kerajaan negeri Terengganu dalam usaha membantu golongan yang berpendapatan rendah dan belum pernah memiliki rumah idaman sendiri.

Cara Mohon RMMT 2020 Online (Rumah Mampu Milik Terengganu)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Aplikasi Permohonan RMMT termasuk syarat kelayakan permohonan, senarai lokasi projek dan semakan status:

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu Online

1. Layari Portal Rasmi e-Perumahan Terengganu secara online menerusi pautan di http://eperumahan.terengganu.gov.my/eperumahan/.

2. Sekiranya anda belum mempunyai akaun pengguna, sila daftar akaun baru dengan klik pada butang "SIGN UP".

3. Kemudian, anda boleh daftar masuk menggunakan akaun pengguna dengan klik pada butang "Login".

4. Klik pada pilihan "Permohonan Saya" di bahagian menu atas.

5. Sila isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap. Klik pada butang "Hantar" untuk proses permohonan anda.

Cara Mohon RMMT 2020 Online (Rumah Mampu Milik Terengganu)

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Terengganu 2020

Antara syarat kelayakan permohonan RMMT adalah seperti berikut:

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Senarai Lokasi Projek RMMT

Antara Lokasi Projek RMMT yang disediakan dalam laman web adalah:

1. Besut
2. Dungun
3. Kemaman
4. Kuala Terengganu
5. Marang
6. Hulu Terengganu
7. Kuala Nerus
8. Setiu

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Rumah Mampu Milik Terengganu, sila menghubungi di:

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
( PERUMAHAN )
Tingkat Bawah No. 28,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Telefon : 09 - 626 7999 / 09 - 631 7999
Faks : 09 - 6262999

Semoga perkongsian Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu tahun 2020 ini dijadikan panduan buat semua warga Terengganu!

No comments

Powered by Blogger.