Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 Untuk PKS (Tarikh Bayaran)

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 Untuk PKS (Tarikh Bayaran)|ADAKAH anda berkelayakan membuat permohonan Geran Khas Prihatin PKS? Berita baik buat golongan perniagaan mikro PKS yang ingin membuat permohonan Geran Khas Prihatin PKS dengan kadar bantuan sebanyak RM 3,000. Untuk makluman anda, permohonan Geran Khas Prihatin 2020 bakal dibuka secara atas talian (online) bermula 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020 melalui Portal Rasmi GKP.

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 Untuk PKS (Tarikh Bayaran)

Seperti dimaklumkan, Geran Khas PRIHATIN (GKP) merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah, RM3000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19. Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 Untuk PKS (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi aplikasi Permohonan Geran Khas Prihatin PKS beserta syarat kelayakan permohonan, semakan status dan tarikh bayaran:

Borang Permohonan Geran Khas Prihatin PKS Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM.

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.

3. Permohonan yang lengkap diisi akan diproses oleh sistem.

Syarat Kelayakan Geran Khas Prihatin PKS 2020

Antara Syarat Kelayakan Geran Khas Prihatin PKS adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia;
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019;
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat;
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin 2020

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

Semakan Status Geran Khas Prihatin Online

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu
pertama Jun 2020.

KLIK 👉 Semakan Geran Khas Prihatin

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 Untuk PKS (Tarikh Bayaran)

Semoga perkongsian Permohonan Geran Khas Prihatin Untuk PKS ini dijadikan panduan buat peniaga Mikro PKS!

2 comments:

  1. apa maksud postcode dan bandar berdadarkan mykad?sy mohon ssm dikajang selangor..tp asal johor

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 03, 2020

    isi poskod based on alamat di ic

    ReplyDelete

Powered by Blogger.