Bantuan Prihatin Nasional: Bayaran BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei

Bantuan Prihatin Nasional: Bayaran BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei|BILAKAH tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 Fasa 2 bakal dibuat? Perhatian buat anda golongan B40 dan M40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Untuk makluman anda, tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 Fasa 2 adalah bermula 4 Mei 2020. Berikut dikongsikan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 Fasa 2 buat rujukan anda.

Bantuan Prihatin Nasional: Bayaran BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei

Bantuan Prihatin Nasional: Bayaran BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 Fasa 2 termasuk kaedah pembayaran:

Jumlah dan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

Berikut dikongsikan Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020:

1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

Berikut dikongsikan Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020:

A. Ada Maklumat Akaun : Bayaran adalah secara kredit ke akaun

B. Jika Status Bayaran Adalah Gagal Kredit : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

C. Tiada Akaun : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi pihak Kementerian di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.

Emel: bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my
Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia

Semoga perkongsian Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 Fasa 2 ini dijadikan panduan buat anda semua!

1 comment:

  1. I will check only im single mom..my husband already pass away local here in malaysia .can i appli the Pbn or not ..saya tiada keje

    ReplyDelete

Powered by Blogger.