Permohonan GREP MARA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan GREP MARA 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan GREP MARA tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda Lepasan Ijazah Pertama/Sarjana yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Graduan Cemerlang (GREP) MARA tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan GREP MARA 2024 boleh dibuat secara online mulai 6 hingga 24 Mei 2024 menerusi Portal Rasmi MARA. Berikut dikongsikan Permohonan GREP MARA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan GREP MARA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah untuk graduan cemerlang lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana bagi mengikuti pengajian peringkat pascasiswazah jazah Sarjana (Dalam Negara), Ijazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Ijazah Sarjana (Luar Negara) di universiti terpilih luar negara mengikut bidang tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Permohonan GREP MARA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan GREP MARA beserta syarat kelayakan, senarai kursus dan semakan keputusan:

Cara Permohonan GREP MARA 2024 Online

1. Layari laman web permohonan menerusi pautan di https://educationloan.mara.gov.my/V4/sa/#/Login.

2. Kemudian, klik butang ‘Daftar Sekarang.’

3. Isikan segala butiran yang diperlukan dan klik pada butang ‘Daftar Akaun.’

4. Seterusnya, log masuk dengan memasukkan No Kad. Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.

5. Lengkapkan maklumat permohonan diruangan yang disediakan. Klik butang hantar permohonan.

Syarat Kelayakan GREP MARA 2024

Antara Syarat kelayakan Program Graduan Cemerlang MARA adalah seperti berikut:

1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
2. Had umur pemohon di peringkat pengajian berikut:
a) Sarjana – Minimum 23 tahun dan tidak melebihi 45 tahun.
b) Doktor Falsafah- Minimum 23 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
3. Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
4. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
5. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis.
6. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
7. Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian. Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran GrEP. 
8. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik/ disiplin.
9. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran/PhD tidak akan dipertimbangkan.

Semakan Keputusan GREP MARA 2024 Online

1. Semakan keputusan Program Graduan Cemerlang GREP MARA 2024 boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://myeduloan.mara.gov.my/v3/.

Senarai Kursus Program Graduan Cemerlang

1. Chemical Engineering
2. Civil Engineering
3. Mechanical
4. Electrical & Electronic
5. Robotics & Automation
6. Telecommunication Engineering
7. Mechatronic
8. Nanotechnology
9. Petroleum Engineering
10. Solar Energy
11. Wind Energy
12. Environmental Engineering
13. Marketing Management
14. E-business
15. International Business Management

Permohonan GREP MARA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan GREP MARA, sila e-melkan ke alamat:

– grepdn@mara.gov.my (bagi permohonan peringkat Sarjana danIjazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara)
– grepln@mara.gov.my (bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran/PhD (Luar Negara)

Untuk mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila emailkan ke ictbpp@mara.gov.my

◾Pautan Panduan Pengguna:
◾Garis Panduan Permohonan:
◾Soalan Lazim:

Selamat membuat Permohonan Program Graduan Cemerlang tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran GREP MARA!

No comments

Powered by Blogger.