Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Pahang ambilan 2024 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2024 boleh dibuat secara online mulai bulan Mac 2024 menerusi Laman Web Yayasan Pahang.

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Yayasan Pahang beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

A. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2024

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini diperkenalkan sejak tahun 1998 dan ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
 
Syarat Kelayakan Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
 a. Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
 b. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
 
2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun semasa seperti berikut:-
 a. Calon SPM : 9 A+ ke atas
 b. Calon STPM : 4 Prinsipal A
 
4. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
 
5. Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
 
6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik

B. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPCYP)

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di bawah skim ini, pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian seperti berikut:
 
a. Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2012. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam.
 
b. Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT-ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College.

Program ini dirangka khas mulai tahun 2016 untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dari kalangan anak Pahang. Program ini dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.
 
Syarat Kelayakan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang
 
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
a. Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
b. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
 
2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
 
3. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun semasa dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Pahang 2024 Online

1. Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang boleh dibuat secara online di laman web Yayasan Pahang menerusi pautan seperti berikut:
👉 Borang Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang
👉 Borang Permohonan Skim Pelajar Cemerlang YP

Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Pahang 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Pahang tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
No. Tel : 09-5181800
No. Faks : 09-5181888
Laman Web: www.yp.org.my
Emel: ypahang@yp.org.my

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yayasan Pahang!

No comments

Powered by Blogger.