Permohonan Pinjaman YPJ 2022 Online (Semakan Status)

Permohonan Pinjaman YPJ 2022 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Pinjaman YPJ 2022 bakal dibuka? Berita baik buat warga negeri Johor yang ingin membuat permohonan bantuan pinjaman pelajaran IPTA & IPTS. Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman YPJ 2022 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor. Berikut Permohonan Pinjaman YPJ 2022 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pinjaman YPJ 2019 Online

Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) merupakan salah satu bantuan rakyat yang ditawarkan kepada rakyat Johor bagi yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam. Permohonan ini dibuka bagi pengajian Diploma dan Ijazah Sepenuh Masa Sahaja dan terbuka kepada pelajar IPTA dan IPTS terpilih.

Permohonan Pinjaman YPJ 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan Pinjaman YPJ beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Tarikh Penting Permohonan Pinjaman YPJ 2022

◾Tarikh Dibuka: -
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan Pinjaman YPJ 2022 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi YPJ
    secara online melalui pautan seperti
    berikut:
KLIK 👉 http://portal.ypj.gov.my/pinjaman-pelajaran-dalam-negeri/

2. Tunggu emel pengesahan dari pihak YPJ
    untuk mengesahkan Pra-Permohonan.

3. Kemudian, isikan borang permohonan
    secara atas talian (online) dengan
    lengkap.

4. Sila semak kelulusan selepas 30 hari
    waktu bekerja.

Syarat Kelayakan Pinjaman YPJ 2022

Antara syarat kelayakan pinjaman YPJ adalah seperti berikut:

◾Lahir dan menetap di Johor;
◾Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
◾Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
◾Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
◾Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
◾Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
◾Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan)

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

◾Slip Permohonan;
◾Salinan MyKad PEMOHON, IBU DAN BAPA/ PENJAGA;
◾Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan IBU DAN BAPA / PENJAGA;
◾Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT;
◾Salinan Sijil Berhenti Sekolah DAN Akuan Persekolahan;
◾Salinan Sijil-Sijil Persekolahan – Sijil SPM
◾Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan);
◾Salinan Sijil Perceraian / Kematian (Jika Berkaitan);
◾Lain-Lain Dokumen Berkaitan
◾Sekiranya ibubapa / penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri)/ tidak bekerja (suri  rumah / pesara / pencen / tiada

Semakan Status Pinjaman YPJ 2022 Online

*Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Insentif Harapan Siswa

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pinjaman YPJ, sila hubungi di:

No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-2344355
Fak:07-2344434
EMAIL: info@ypj.gov.my

Selamat membuat permohonan Pinjaman YPJ tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor!

1 comment:

  1. Pinjaman komersial dan peribadi pada kadar faedah 2%, Kelulusan dan pemindahan pinjaman mengambil masa dua hari bekerja sahaja untuk maklumat lanjut hubungi:skyfinance88@gmail.com
    What'sApp:+13013649726

    ReplyDelete

Powered by Blogger.