Bantuan Prihatin Nasional 2020: Permohonan & Semakan Status

Bantuan Prihatin Nasional 2020: Permohonan dan Semakan Status|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 bakal dibuka? Perhatian buat anda golongan B40 dan M40 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 boleh dibuat secara online mulai 1 April 2020 menerusi Portal Rasmi LHDNM. Berikut dikongsikan Cara Permohonan dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2020 buat rujukan anda.

Bantuan Prihatin Nasional 2020: Permohonan dan Semakan Status

Sedia maklum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020. Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM250 billion melibatkan bantuan kepada rakyat dan perniagaan selain memperkukuh ekonomi negara dalam membasmi wabak COVID-19. Pemberian secara one-off berjumlah RM10 billion dalam Bantuan Prihatin Nasional ini akan mula diberikan pada bulan April dan Mei 2020.

Bantuan Prihatin Nasional 2020: Permohonan dan Semakan Status

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Bantuan Prihatin Nasional 2020 termasuk permohonan, tarikh pembayaran dan semakan status:

Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020

1. Layari Laman Web Rasmi LHDNM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.hasil.gov.my/

Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020

KLIK 👉 Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2020

Jumlah dan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.

Bantuan Pelajar IPT RM200

Bayaran RM 200 secara one-off dibayar pada bulan Mei 2020 yang melibatkan pelajar Matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Bantuan Prihatin Nasional, boleh diperolehi menerusi Portal Rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my.

Semoga perkongsian Permohonan dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.