Permohonan SMA Negeri Johor 2023 Online (SMAJ)

Permohonan SMA Negeri Johor 2023 Online (SMAJ)|BILAKAH tarikh permohonan SMA Negeri Johor ambilan 2023 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar Tahun 6 yang berminat membuat permohonan kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMAJ) ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan SMAJ 2023 dijangka bakal dibuka secara online pada 1 hingga 26 November 2022 selepas pengisytiharan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2022. Berikut dikongsikan Permohonan SMA Johor 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan SMA Negeri Johor 2020 Online

Permohonan SMA Negeri Johor 2023 Online (SMAJ)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan SMA Negeri Johor (SMAJ) beserta syarat kemasukan:

Cara Permohonan SMA Negeri Johor 2023 Online

1. Permohonan kemasukan Tingkatan 1 SMAJ boleh dibuat secara atas talian (online) di Laman Web Rasmi SMAJ menerusi pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 https://www.daftar-smanj.net/t1/2023

2. Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan anda dan klik pada butang "Hantar".

Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor

Berikut adalah Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor:

1. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang Johor
2. Maahad Tahfiz Johor, Johor Bahru (Lelaki Sahaja)
3. Maahad Pontian, Pontian Johor
4. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat Johor
5. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Pontian Johor


Syarat Kemasukan SMA Johor 2023

Antara syarat kemasukan SMA Negeri Johor adalah seperti berikut:

◾Mendapat 3A 3B dalam peperiksaan UPSR 2022
◾Warganegara Malaysia
◾Anak jati kelahiran Negeri Johor

Ujian Kelayakan SMANJ

1. Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN yang dijadualkan akan dijalankan pada 2-5 Januari 2023 (Isnin-Khamis) di tempat yang akan ditetapkan.

2. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

A. Ujian Bertulis

- Dijalankan selama 1 jam 15 minit
- Merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.

B. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit

C. Ujian Lisan

- Bacaan surah al Fatihah
- Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
- Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ)
- Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.

Selamat membuat Permohonan SMA Negeri Johor tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMAJ!

3 comments:

Powered by Blogger.